Friends

Daisypath Anniversary tickers

::Masa itu emas::


Thursday, July 15, 2010

Keringnya Tasik Galilee -> Ketibaan Imam Mahadi???

Sebut sahaja Laut Galilee mungkin ramai yang menggaru-garukan kepalanya. Persoalan pertama yang mungkin terpacul di dalam fikiran ialah dimanakah letaknya Laut Galilee ini ? Keduanya apa kaitan laut Galilee dengan ketibaan Imam Mahadi?

Sebenarnya, Laut Galilee ini merupakan sebuah tasik air tawar yang terletak di bahagian utara negara Israel. Ia merupakan sebuah destinasi perlancongan yang penting di Israel. Laut Galilea juga dikenali sebagai Tasik Tiberias dan Tasik Kinneret. Uniknya ialah, laut ini terletak 220 meter di bawah paras laut, separuh dari kedalaman laut mati iaitu 441 meter. Orang Israel menyebutnya sebagai Kinnereth. Ia memberi maksud “Kinar Dawwod” iaitu “harp of David,” Ini kerana, Sea of Galilee jika dipandang dari udara seperti sebuah alat muzik.

Laut ini adalah sebuah tasik air tawar yang terendah di dunia. Tasik ini mempunyai keluasan kira-kira 53 kilometer persegi dan mempunyai kedalaman lebih daripada 200 meter. Banyak kisah-kisah sejarah khususnya sejarah NABI-NABI yang dicatatkan berlaku di sini dan tidak urang juga kisah-kisah yang dikaitkan dengan kisah akhir zaman sebelum terjadinya kiamat.

Nabi s.a.w telah bersabda berkaitan dengan pengalaman sahabat Tamim Ad-Dari ra yang belayar dengan rakan-rakan beliau dan terbabas di sebuah pulau. Selepas mereka bertemu makhluk hodoh yang memperkenalkan dirinya sebagai pengintip, mereka telah bertemu dengan makhluk berbadan besar yang memperkenalkan dirinya sebagai Dajal), “.. Dajal berkata: ‘Beritahu aku tentang pohon-pohon tamar di Baisan, adakah ia masih berbuah?’ Kami berkata: ‘Ya’. Berkata Dajal: ‘Tidak lama lagi ia tidak akan berbuah’. Dajal bertanya lagi: ‘Bagaimana dengan Tasik Tiberia, adakah masih dipenuhi air?’ Kami menjawab: ‘Ya, ia masih dipenuhi air’. Dajal berkata: ‘Tidak lama lagi airnya akan kering’..............” (Riwayat Muslim)

Kenyataan yang paling signifikan di dalam hadis ini ialah tentang kekeringan air di Tasik Tiberia. Fenomena ini akan berlaku di era Dajal. Pada hari ini Tasik Tiberia dikenali sebagai Sea of Galilee atau Laut Galilee dan ia terletak di negara Israel. Ia menjadi sumber air bersih yang amat penting bagi negara Israel. Di zaman Dajal air tasik ini akan surut dan fenomena ini sebenarnya sedang menjadi kenyataan pada hari ini. Reuters bertarikh 14 Ogos 2001 memaparkan sebuah artikel yang bertajuk: ‘Kekeringan Air Laut Galilee di Israel Memerlukan Mukjizat Untuk Pulih’. Mengikut artikel ini, air Laut Galilee sedang berada di paras yang terendah di dalam sejarah iaitu di paras 214.04 meter, lebih rendah dari paras bahaya yang ditetapkan.

Ada juga yang menyatakan bahawa tidak sampai 50 tahun lagi tasik ini akan kering.. Allahu a'lam.(Untuk kupasan terperinci tentang tanda-tanda Kiamat sila dapatkan buku Dr. Danial )


Comments
5 Comments

5 Comment:

Zulfadhli on July 15, 2010 at 9:06 PM said...

artikel yg menarik :)

velasrizal on July 15, 2010 at 9:11 PM said...

good info..keep it up..

Harga Petrol, Diesel, Gula Dan Gas Naik Mulai 16 Julai 2010

Sisiantee on July 15, 2010 at 9:15 PM said...

TQ :) sharing is caring!!

Anonymous said...

Background music mengganggu..kalau boleh remove trus..sekadar nasihat

Sisiantee on February 28, 2012 at 3:37 PM said...

Its okay awak boleh slowkan volume music di sebelah kanan sekali jika ianya menggangu :) thanks for ur advice..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Klik here to join

Twitter Widgets
Powered By Vistaprint
Free Auto Backlink
Facebook Widgets
Powered By Vistaprint
Web Directory
OnToplist is optimized by SEO
Add blog to our directory.