Friends

Daisypath Anniversary tickers

::Masa itu emas::


Showing posts with label I ♥ Islam. Show all posts
Showing posts with label I ♥ Islam. Show all posts

Wednesday, February 2, 2011

Semoga rakyat Malaysia yang berada di Mesir berada di dalam keadaan selamat

4

Bismillah,

Ya Allah dengan kekuasaanMu Ya Allah berilah perlindungan dan keselamatan pada mereka yang dalam kesusahan Ya Allah, Mempermudahkan segala urusan mereka.. Ya Allah,ringankan beban yang mereka hadapi Ya Allah. Kepada kau Ya Allah kami berserah dan kepada kau jualah kami berlindung.


Pergolakan di Mesir semakin berada di dalam kedaan yang merungsingkan..Finally kerajaan memutuskan untuk membawa keluar semua pelajar-pelajar Malaysia menerusi udara & laut..Hopefully semua rakyat Malaysia yang berada di Mesir berada di dalam keadaan selamat terutama my cousin Ira yang mengambil kursus perubatan di Cairo..Sesak dada, bila baca keadaan yang semakin teruk disana..


Nadia dari Egypt : Petikan dari blog Ariffshah
Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.

Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I got home, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know:

Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.

Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.

Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923

Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com

Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.

- Nadia

Nur Amira dari Egypt : Petikan dari blog Ariffshah

salam..
saya student 1st year perubatan dr muhafazah Tanta yg sempt ke Cairo..
now,msih lg di Bahrain,tersangkut..
student seharusnya diselamatkan dgn segera..
bygkanlah dgn bank yg rata2 da kena rompak..tiada duit..
topup 10geneyh jadi 40 geneyh..
tidur malam yg diselang seli dengan bunyi tembakan,
rakan2 di Alex tidur dgn bgunan rumah mereka bergegar disebabkan kehadiran kereta kebal..
lepas ni,kemungkinan air,internet,fon,n api akn diputuskn..
rumah kena pecah masuk pula semakin tggi..
tidak risaukah terhadap saudara2 saya di Egypt??


Ayuh doakan keselamatan rakyat Malaysia di Mesir Ketika ini. Juga Doakan agar keadaan Mesir kembali pulih, kemudian sinar Islam kembali jernih di bumi Musa ini..Amin..

Tuesday, January 11, 2011

Syukran :)

0

Syukur alhamdulillah..mujur pagi tadi sempat untuk beli tiket concert Maher Zain secara online.. Selepas saya dapat tahu ticket Concert Maher Zain sudah dijual start pada pukul 2am (11 January 2011) di Facebook Maher Zain Malaysian Fan Club (MZM-FC), saya terus on9 untuk beli tiket..Cuak jugak la, kerana saya try banyak kali untuk buat pembayaran tapi ada error..error kerana ramai yang serbu website tersebut..huhu..Saya cuak sangat takut tiket habis!!~ Peminat Maher Zain ramai kot kat Malaysia..

Selepas saya inform Laila ticket Maher Zain dah boleh beli, then Laila try plak on9 buat pembayaran..And finally kami berjaya!! Syukur Alhamdulillah..*wink2* gembira tak terhingga, percubaan Laila langsung tiada error....Mujur Kak Ani ada duit yang mencukupi untuk bayarkan duit tiket kami in advance, sejujurnya kami bertiga sudah kumpul duit start bulan November tahun lepas, so under budget la tiket kami..tiada masalah ticket mahal..


Konsert Maher Zain akan diadakan 2 hari berturut iaitu pada 25 & 26 February..so kami bertiga beli ticket pada 26hb..gambar seat di bawah adalah pada 26hb February 2011..


Yang ini adalah pada 25hb February 2011


Kenangan semasa di showcase Maher Zain 15 Oct 2010 bersama Kak Ani ;)

kepada sesiapa yang hendak beli ticket di
www.ticket.com.my
Tel : 603-7725 1177 / 03-7725 1166


Ticket Outlets:
Rock Corner@1 Utama
Rock Corner@The Curve
Rock Corner@Suria KLCC
Rock Corner@The Garden
Rock Corner@Ampang Point
Rock Corner@Subang Parade


Monday, December 6, 2010

Doa Akhir/Awal Tahun Hijrah Tidak Dari Nabi SAW

0

Baru petang tadi saya ada postkan doa akhir/awal tahun Hijrah untuk dikongsikan bersama..kemudian saya mendapat feedback dari Pak Jang saya bahawa doa tersebut tidak dari Nabi Muhammad SAW.So sila hayati video di atas oleh Ustaz Dr. Asri Mufti Perlis Darul Sunnah, Kuliah Riyadhus Solihin..

AWAL MUHARRAM (DOA akhir & awal thn)

0
AWAL MUHARRAM (DOA akhir & awal thn)

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.

10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.


Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.

2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.

3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.

4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.

5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.

6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.

7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.

8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.

9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.

10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.

11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.

12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.

13. Hari pertama Allah menciptakan alam.

14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.

15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.

16. Allah menjadikan 'Arasy.

17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.

18. Allah menjadikan alam.

19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.

20. Nabi Isa diangkat ke langit.


DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"

sila klik pada gambar untuk gambaran yang lebih jelas


DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

sila klik pada gambar untuk gambaran yang lebih jelas

info : http://coretanilham.blogspot.com

Friday, October 15, 2010

On da' way to Maher Zain Showcase

1

Saya on da way ke MBSA Shah Alam dengan my lovely offimate Kak Ani..hikhik ^_^ Mood xcited gler kot, kuar office awal kot, takot jem & lagipon saya tak familiar ngn kawasan Shah Alam, + takot lambat sampai..ahaks!!....i love Maher Zain songs!! so malam nie saya dapat tengok Maher Zain nyanyi secara live..saya suke lagu2 beliau kerana berunsurkan islamic & mempunyai maksud yang mendalam..hihi..dengar sekali jew lagu beliau membuat saya terlah jatuh cinta..chewahhh :P poyo jew..hihi..bagi kawan2 yang xdapat pergi kerana tiket sold out, xspecially my best friend Rena & Rosma Rizman..shi akan tengok bagi pihak korang tau..hihi..

Tuesday, August 24, 2010

Saya Benci ADOLF HITLER !!!!

2

Dulu saya tak tahu siapa Hitler yang bermisai kontot ni, yang saya tahu, Hitler seorang yang pembunuh yang kejam, kejam dan kejam, Hitler juga related dengan NAZI, itu sahaja yang saya tahu mengenai hitler.huhu..Kenapa saya begitu membencii Hilter?? mungkin ada di antara anda mungkin menyokong Hitler kerana Hitler telah membunuh beribu2 orang Yahudi lanatullah rite ... tapi saya tetap membenci Hitler, kerana ape?? kerana Hitler la, sekarang Yahudi mempunyai negara selepas tamat perang dunia ke-2..kerana Hitler la, penduduk Palestine asing di negara sendiri..Jika anda peminat series Arrival, & Phase 3, mungkin anda tahu mengenai ini..


Apa yang menarik tentang akhbar Kosmo hari ni, ialah "Ujian DNA dedahkan Hitler mungkin keturunan Yahudi" membuatkan saya lebih membenci Hitler!!! Penemuan itu mengejutkan kerana Hitler bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan penduduk berketurunan Yahudi pada zaman Perang Dunia Kedua. Majalah Knack yang beribu pejabat di Brussels mendakwa DNA yang diambil daripada saudara Hitler yang tinggal di Amerika Syarikat (AS) telah membawa kepada penemuan tersebut.


Wednesday, August 18, 2010

Mesin wuduk automatik pertama di dunia

4



Petikan daripada KOsmo (1 February 2010)

KETUA Imam Masjid Jamek, Mohd. Adam Sarpan mengambil wuduk menggunakan Auto Wudu Washer di Hotel Impiana di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Peristiwa kesukaran kira-kira 40 umat Islam mengambil wuduk daripada sebuah besen di atas sebuah feri akhirnya mencetuskan idea inovasi kepada seorang juruterbang.


Melihat kepada apa yang berlaku, Anthony Gomez (gambar kecil) yang kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif AACE Technologies Sdn. Bhd., (AACE Technologies) lantas terfikir sesuatu teknologi perlu dibangunkan bagi mengatasi masalah tersebut.

Beliau yang pernah menjadi juruterbang peribadi kepada Sir Julius Chan, bekas Perdana Menteri Papua New Guinea, memberitahu, pengalaman itu dilaluinya ketika menaiki feri dalam perjalanan dari Jordan ke Mesir pada tahun 2006.

Mesin Auto Wudu Washer yang dicipta oleh Anthony sendiri itu merupakan mesin wuduk pertama di dunia oleh syarikat tempatan Malaysia dan produk itu mengambil masa kira-kira dua tahun untuk dibangunkan.

Petikan daripada Utusan Malaysia (28 January 2010)

Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini melancarkan mesin wuduk automatik yang dibangunkan sebuah syarikat tempatan, AACE Tecnologies Sdn. Bhd. (AACE) di sebuah hotel di sini.Bagi menyempurnakan pelancaran mesin yang dinamakan 'Auto Wudu Washer' itu, Perdana Menteri menadah tangan bagi mengalirkan air dari mesin tersebut sebagai simbolik mengambil wuduk.

Ketua Pegawai Eksekutif AACE, Anthony Gomez berkata, antara keistimewaan mesin itu ialah ia hanya memerlukan 1.3 liter air untuk seseorang itu menyempurnakan wuduk berbanding lapan liter air jika menggunakan paip biasa. "Mesin ini boleh menjimatkan penggunaan air yang agak kritikal bekalannya terutama di negara-negara Asia Barat,'' katanya pada sidang akhbar selepas acara pelancaran itu. Hadir sama, Penasihat AACE, Dr. Taufiq Thiagi. Katanya, sebagai contoh, mesin itu hanya memerlukan 10 juta liter air untuk kegunaan wuduk harian bagi dua juta umat Islam ketika musim haji di Mekah.

Anthony berkata, mesin itu akan dipasarkan pada Julai ini dengan harga kira-kira RM10,000 seunit. Menurutnya, mesin tersebut mudah dipasang dan sesuai digunakan di kediaman, masjid, surau serta kapal terbang penumpang. Selain mempunyai dua bahagian punca air, mesin wuduk automatik itu juga dilengkapkan dengan sistem pengering dan lampu.

Gambar-gambar mesin wuduk automatik

Gambaran dari sudut sisi

Gambaran dari sudut hadapan

Cara-cara menggunakannya


Wednesday, August 11, 2010

Kilang Al-Quran

4
Anda pernah tengok kilang al-quran tak?Tujuan Saya berkongsi gambar ini bukanlah apa-apa. Bukanlah menunjukkan kilang pencetakkan Al-Quran yang bersih dan suci tetapi untuk mengingatkan kita semua bila kali terakhir kita memegang kitab suci ini. Saya juga mengingatkan juga pada diri saya. Amin.

























ROH DI BULAN RAMADHAN

0

Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz
penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahn mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih
hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus la semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah..

" Setinggi mana kasih sayangku, Allah lebih berhak menyayangimu,
Damai la engkau disana di bawah rahmat
dan kasih sayang-Nya,
Sesungguhnya aku akan menyusulmu di kemudian hari...
Al-Fatihah buat semua muslimin dan muslimat yang telah pergi"

Artikel ini saya received thru email for sharing ^^
Selamat berpuasa.

Sunday, August 8, 2010

BAHAYA TIDUR TANPA BERWUDHUK SEMASA HAID, NIFAS & SELEPAS JUNUB

7

Antara ilmu yang perlu diamalkan yang nak kongsi bersama.

Sahabat nabi s a w bertanya adakah boleh tidor selepas berjunub. Nabi s a w jawab boleh tapi bangun dulu ambil wuduk baru boleh tidor. Sebaiknya dalan keadaan junub, haid dan nifas kalu nak tidur amik wuduk dulu. Sebabnya kalu tak wuduk bahaya menanti. Syaitan boleh masuk kacau kita, masuk melalui kemaluan dan rongga yang terbuka, boleh mengganggu janin, rahim yang sebabkan tak dapat anak or janin rosak. Selain tu jin/syaitan akan masuk ke badan membawa penyakit yang susah diubati spt cancer. Seperti ustaz maklumkan sebelum ini cancer ni penyakit yang dibawa oleh jin dan syaitan. Perkara ini ada dalam fatwa ijmak ulamak walaupun para doktor payah nak akui. (Mintadijauhkan- Nauzibillah)

Sampaikan pesanan kapada Kawan2 kita. Semoga ilmu yang sedikit ini akan
menjadikan kita lebih baik daripada hari sebelum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Klik here to join

Twitter Widgets
Powered By Vistaprint
Free Auto Backlink
Facebook Widgets
Powered By Vistaprint
Web Directory
OnToplist is optimized by SEO
Add blog to our directory.