Friends

::Masa itu emas::

Thursday, December 13, 2012

5 months already :) Syukur alhamdulillah

0
Assalammualaikum :)



Wah lamanya, SR tidak update blog... fuhhhhh.. berabuk2 sudah... hehe..Blog ini tidak berupdate since SR start preggy.. Now SR happy menempuhi setiap saat ibu mengandung, excited untuk menjadi seorang ibu... soon insyaAllah.. Semoga Allah permudahkan segalanya.. Semoga baby sihat, sempurna, & selamat dilahirkan, semoga baby menjadi anak yang soleh/solehah, berjaya di dunia+ di akhirat nanti (aminn).. After 5 months mengandung, actually banyak perubahan ke atas ibu mengandung rupanya.. Perubahan dari segi permakanan, emosi (very5 sensitive), berat badan (sebelum ni 'kg' senang naik, sekarang 'kg' ssh nak naik), dan gaya hidup. So disini SR ingin mengambil kesempatan untuk share pengalaman sepanjang tempoh kehamilan SR..


Start tahu Preggy :) 
Semuanya bermula since SR demam pada awal Syawal .. Pada 25 August 2012 SR pergi klinik bersama suami untuk checked demam, then tiba-tiba doctor mintak buat urine test, sebab doctor 'syak' SR pregnant.. 1st time checked urine test.. Berdebar2.. alhamdulillah ujian +ve.. Tapi masa ini urine test still samar2.. then next week 30 August 2012 SR try buat urine test lagi sekali di rumah iaitu pada awal2 pagi.. Kali ini clear, ada 2 garis di urine test.. Bukti SR pregnant.. Syukuran Ya Allah :) . Tanda-tanda awal SR tahu SR preggy antaranya adalah :
  • Sakit perot - sakitnya lebih sakit dari period pain (seminggu sakit) ;
  • Demam ;
  • Sakit tulang belakang, ditengah2 punggung ;
  • Sensitive dengan hubby, benda sikit pon nak marah2.. (ahaks mujur hubby adalah seorang yang cooool man) ;
  • Kerap bangun di tengah2 malam untuk membuang air kecil ;
  • Suka tidor, cepat mengantuk, & badan letih2..
  • Pening kepala, macam nak tumbang (kurang darah)

Start Morning Sickness :) 
SR start morning sickness adalah pada 4 September 2012, pada masa ini, SR and suami di Krabi Thailand (honeymoon).. Pada mulanya SR ingat SR mabuk laut, sebab SR start mabuk2 ketika SR balik dari melawat 5 pulau (dari pagi hingga ke petang keluar naik bot ke pulau2 dengan ombak yang beralun2). So bila balik ke Malaysia, SR still mabuk2.. Hidung SR sangat2 sensitive dengan certain2 bau (deria bau SR sgt kuat).. Then baru SR tahu SR dah start morning sickness.

Peliknya, SR start tidak suka masakan Thailand terutama TOMYAM (padahal tomyam is one of my favorite food, hari2 makan pon tidak apa), dengar perkataan THAILAND pon nak muntah, tengok LAUT atau gambar laut pon nak muntah jugak wokeyyy.. haha.. sampai SR tidak mahu update gambar2 kami di Krabi, Thailand (sampai macam tu pulak kan).. Pendek cerita, SR tidak suka sama sekali apa sahaja yang berkaitan dengan THAILAND, seperti bahasa THAILAND, orang THAILAND, tulisan THAILAND.. Now after 5 months, dah okay sikit dah.. Cuma tidak boleh makan makanan ala-ala THAILAND.. Start je morning sickness SR sensentive dengan bau-bauan ini, kalau bau je rasa nak muntah antaranya bau :
  • Nafas hubby (2 bulan yang pertama) ;
  • Perfume yang hubby pakai semasa kami di Krabi. SR pernah menangis tau, sebab hubby terlupa, then pakai perfume tu, sebab sebelum tu SR dah pesan dekat hubby yang SR xsuka bau perfume tu.. Kesian hubby kene marah dengan SR... SR menangis sampai mata bengkak2, mcm kene pukul menangisnya --> (pembawakan baby la ni) hehe (sampai sekarang xboley bau perfume ini) ;
  • Bau bawang putih + bawang merah bila ditumis (3 bulan yang pertama) ;
  • Bau asap rokok + asap kenderaan (bau petrol) (4 bulan yang pertama) ;
  • Bau ikan goreng + ayam goreng (sampai sekarang) ;
  • Bau kari (3 bulan yang pertama) ;
  • Bau LEMON, SR benci sangat2 bila guna sabun mandi yang bau LEMON, sabun basuh pinggan yang bau LEMON, LEMON handsoap.. (sampai sekarang)..
Perubahan yang paling besar ketika SR kena morning sickness adalah berat badan SR menurun mendadak.. dari 58kg - 50 kg.. hehehehe.. Mana tidaknya bila makan muntah, makan muntah. Dari awal mengandung SR sangat2 suka minum air2 yang manis. Air suam kurang, takot jugak SR takot2 kene diabetes ketika mengandungkan. Then bila tanya doctor, doctor kata "its okay, wife saya minum air soya sampai usia kandungan dia 6 bulan". Tapi lately ni SR dah selalu minum air masak, after minum air manis..hihi.. Start 4months SR sudah ada selera makan.. Huh.. Selera makan yang melampau..haha.. Selalu lapar la senang cerita.. So berat badan pon bertambah 2kg setiap kali check up, alhamdulillah :)... But now mengandung 5 bulan still boleh pakai baju kurung... Acanne 2?? hehe..

Start buat buku merah :)
SR start buat buku merah pada 14 November 2012 di Klinik Kesihatan (KK), Hulu Langat .Ketika itu usia kandungan SR 18 minggu (4 bulan lebih). Actually berdebar2 jugak la nak buat check up dekat KK sebab usia kandungan dah 4 bulan lebih (sepatutnya 3bulan dah kene buat), mujur SR tidak kene marah..huuu.. Sebelum ini, SR buat check up kehamilan di klinik swasta.. SR tidak boleh lupa masa 1st time SR kene ambil darah, gementar+takot jugak la.. Mujurla hubby sentiasa di sisi menemani.. ("ingat baby sayang, tak sakit pon mcm kene gigit semut je", pujuk hubby) bergelenang jugak la air mata pandang mata hubby ketika doctor nak cucuk jarum.. fuhhh.. pengalaman yang tak boleh lupa..hehe :P . Bila dah kene ambil darah for the 2nd time di KK, dah okay sikit dah.. Ya allah menunggu giliran di KK sangat2 menguji kesabaran.. Dengan ramai orang, budak2 menangis (emosi marah terganggu sikit). Mujur nurse semuanya friendly2 :) so kurang sikit stress menunggu.. hehe..

Ubat yang SR terima semasa check up di klinik swasta adalah asid folid (awal 2 bulan) then obimin (start 3 bulan), then semasa check di KK, bila nurse dapat tahun tekanan darah SR rendah dia bagi 4 ubat iaitu asid folid, B complex, iron tablets, and Ascorbic asid. Alhamdulillah after 1month SR makan ke empat2 ubat ini, bila SR buat check up di klinik swasta, doctor kata tekanan darah SR kembali normal :) yeahhh..hehe.. alhamdulillah :)


Antara perkara yang paling seronok/happy sepanjang kehamilan SR diantaranya adalah :
  • Dapat perhatian/support daripada hubby sepanjang kehamilan, hubby sentiasa menemani SR buat check up dengan doctor setiap bulan di private klinik or di KK, even berkali2 SR cakap SR boleh pergi sendiri ;
  • Support yang tidak pernah putus from my lovely family & my lovely family in law ;
  • Support from my lovely grandma (uwan+opah) sebab masakan lauk2 yang diminta (mengidam) oleh ibu mengandung ini ;
  • Aunties+uncle yang banyak bagi nasihat, panduan, then bagi buku2 rujukan untuk di baca ;
  • Tidak lupa kepada cousin2 serta kawan2, officemate yang sangat2 mengambil berat wokey.. terharu rasa (sayang korang).. hehe..
  • Dapat tgk denyupan jantung si comey semasa doctor scan (12 minggu), Ya Allah... Indahnya ciptaan mu Ya Allah.. tak dapat nak gambarkan perasaan ketika itu (happy, terharu, excited, nak nangis pon ada) ;
  • Dapat tgk pergerakan kaki si comey seperti menendang2 dengan laju ketika doctor scan (17 minggu), Ya Allah membuat SR dan hubby tersenyum gembira ("nak main bola mcm papa ek" kata SR dalam hati)..hehe ;
  • Dapat rasa pergerakan si comey dalam perot, dapat rasa denyupan jantung dia, pergerakan seperti tendang2 ;
  • Bila doctor khabar kesihatan ibu & bayi semuanya alhamdulillah sihat.. syukuran Ya Allah..
Bila SR melalui pengalaman selama 5 bulan mengandung, baru SR sedar bertapa besar nya pengorbanan seorang insan yang bergelar MUMMY (bonda SR), sebab itu syurga di telapak kaki ibu.. Kerana SR dah melalui saat2 mengandung (melalui pelbagai alahan, permasalahan), saat2 yang bakal SR lalui iaitu saat2 melahirkan (ramai kawan2 kata sakit ketika melahirkan baby), mendidik anak, membimbing anak, membesarkan anak.. Ya Allah.. Sungguh besar tanggungjawab itu Ya Allah.. Semoga SR dan hubby dapat bersama2 membesarkan anak2 dengan didikan yang sempurna supaya dapat menjadi insan yang berjaya di suatu hari kelak.. InsyaAllah.. :)

Friday, August 17, 2012

I.F.T.A.R 2012

0
 



Syukur alhamdulillah, esok (18.08.2012) genab sudah sebulan kita berpuasa, sedih rasanya untuk meninggalkan bulan ramadhan yang penuh keberkatan ini.. Semoga kita dipanjangkan umur untuk bertemu next ramadhan, insyaAllah :) ... Ramadhan 2012, merupakan ramadhan yang pertama SR berstatus seorang isteri.. Ramadhan yang disambut bersama suami tercinta, keluarga tersayang serta sahabat handai...  

 
Pada waktu weekend, kami berdua memilih untuk berbuka puasa bersama2 family suami & family SR.. 1st weekend di rumah mummy & ibu, 2nd weekend di kampung suami di Rembau & di rumah Wan& Mawar di Putrajaya, 3rd weekend kami berbuka puasa di rumah nenda SR di Selayang, 4rd weekend pula di rumah ibu & mummy..hihi.. Arini (17.08.2012) SR dan suami berbuka bersama2 family SR + celebrate birthday my lovely mummy @ Johnny Steamboat Cheras...

Pada waktu weekday pula, kami akan luangkan masa untuk Iftar bersama2 rakan2.. selebihnya SR akan masak menu untuk berbuka & sahur.. Setakat ini, time sahur SR yang akan masak untuk kami berdua makan..belum ada kesempatan untuk berbuka bersama2 dengan rakan2 :)
 

Iftar 16.08.2012 @ Restaurant Q Thai Steamboat Waterfront, Ampang

1st time, SR and suami makan di sini, nice & clean restaurant.. Restaurant ini menyediakan makanan untuk di grilled, steamboat, aiskrim, hidangan al-carte, kuih mueh, rojak buah, air buah2an & air panas.. Recommend by Nad, next time boleh datang lagi.
 
Makan sampai kenyang (muntah) hihi :)
 
 Kekenyangan 1st kami berdua makan steamboat, then grilled, then repeat steamboat.. perot sampai senat >.< hihi

Nad & Afiq, parents to be ;) nice couple


Iftar 15.08.2012 @ Restaurant Insaf, Jalan TAR 

Actually kalo makan at this restaurant ambil nasi, ayam (sedap & panas) dan kari sahaja + jus buah... Kalo tidak memang mahal & terus insaf..adoii..hihi.. Tapi husband kata kalo sedap it is okay, bukan selalo :P hihi..
Masa berbuka restaurant ini akan menyediakan free buah kurma, apple & air mineral :)

 Masa ni kami berdua order kari daging, nice :) tapi kari daging SR tidak habis, kene marah dengan en.suami kerana membazir :P

 Ambil berkat :) Nad & Rena- mommy to be.. Peace!!

Hihi..hidangan en. redza, pn rena, pn. nad & en. afiq :)

3 sahabat dari kecil, ini belum cukup korum lagi ni.. kalo tidak, space nya enggan cukup untuk 1 foto :P hihi..


Iftar 09.08.2012 @ Restaurant Insaf, Jalan TAR & Visit Pak Teh Mok Teh' stall 

Masa ini, SR shopping baju raya serta tudung raya.. Planning untuk berbuka di KFC Maju Junction (sebab kami ada voucher), then around 6.30pm kami last min tukar plan.. kami berdua teringin nak makan nasi kandar Insaf.. Ingat nak booking tempat (padahal kami dah tahu mesti dah penuh punya), saja try nasib.. Then memang tepat jangkaan kami, tempat full.. So kami decide untuk datang balik ke Restaurant Insaf around 8pm.. Oleh itu, kami berdua mengambil kesempatan untuk singgah ke gerai Mak Teh & Pak Teh untuk berbuka, ingat nak singgah after berbuka sekali, tapi rezeki kami berbuka puasa bersama2 Fiqa, EY & pak teh.. :) ..Seronok tengok ramai shopping raya, sambil menikmati menu berbuka puasa ala kadar.. Around 8.30 pm kami ke Restaurant Insaf untuk ambil heavy IFTAR..





Iftar 02.08.2012 @ Restaurant Sri Payung Asam Pedas, Bandar Tasik Selatan

Berbuka puasa bersama2 officemate serta suami, dalam 20 orang.. Nice place, nice food.. SR memang hantu asam pedas.. SR order Ikan Pari masak asam pedas, cendawan sayur, dan ianya memang sedap.. Next time boleh repeat lagi!! hoho..

 


 Iftar 30.07.2012 @ Manhattan Fish Market, Mid Valley

SR sebenarnya dah lama teringin nak makan di Manhattan Fish Market.. Kebetulan by this time, en. suami dapat ticket free GSC di Mid Valley.. After tengok movie, kami Iftar di sini..hoho.. sedap2 :)


  Mr. Hubby choose : Chicken of liberty..yummy..

Me choose small grill,yummy2




Tuesday, July 10, 2012

Tahniah u oll :)

2
 

Tahun 2012, ramai kawan-kawan SR yang bakal menimang cahaya mata, ada juga yang sudah melahirkan baby-baby yang cute, ada yang menunggu hari & bulan untuk due.. Tahniah SR ucapkan :D

Last Sunday 8th July 2012, my friend Rena bakal menjadi Mommy...SR nak ucapkan tahniah kepada Rena + Boy, kerana Rena dah pregnant, semoga Rena & baby sihat :) .... SR & Suami tumpang gumbira..

 
...Then semalam 9 July 2012, SR dapat berita gumbira iaitu cousin SR Nabilla pon pregnant jugak... Huhu..Tahniah kepada Nabilla + Zack yang akan menimang cahaya mata tidak lama lagi.. Nabilla banyak bagi tips2 kepada SR semasa SR datang bertandang kerumahnya.. Tup tap tup tap.. Alhamdulillah after 2 weeks kami berjumpa, Nabilla pregnant.. Kedua-keduanya pasangan ini telah berkahwin pada bulan April 2012.. SR bulan May 2012..huuu.. SR pon xsabar nak tunggu turn SR!!~ hihi :P....Kalian doakan untuk kami ye, semoga kami dikurniakan zuriat, penyeri rumahtangga..Semoga Allah permudahkan urusan hambanya ini...aminnnn.. :D



Saturday, June 16, 2012

Baju nikah made in Bandung

3



Sejak SR post entry "Baju nikah made in Bandung harga berbaloi-baloi", blog SR telah menjadi tumpuan kepada bakal pengantin yang ingin ke Bandung untuk menempah baju perkahwinan mereka ;) ..dan entry ini telah menerima paling banyak viewers. Alhamdulillah ;)

SR juga ingin meminta maaf kerana tidak sempat untuk menjawab soalan bloger2 & pembaca2 yang telah menanyakan soalan, kerana sebelum majlis SR terlalu busy dengan persiapan wedding & busy dengan kerja2 di pejabat.


Bagi yang ingin mengetahui design baju nikah yang SR telah tempah di Bandung, gambarnya adalah seperti di bawah ;) Siapa sangka baju ini telah siap dalam masa 1 hari sahaja..hihi :)





InsyaAllah, akan SR upload design baju ini yang SR refer di dalam majalah pengantin ;)


Friday, June 15, 2012

Terima Kasih Daun Keladi, Panjang Umur kita jumpa lagi:)

1


Assalammualaikum :) ..Ini merupakan entry pertama SR setelah bergelar seorang isteri, fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh......... minta maaf la blog ini penuh habuh2, almaklum la, sudah lama SR tidak update blog..hihi..

Syukur alhamdulillah, SR rasa bersyukur sangat-sangat kerana Majlis Pernikahan dan Majlis Persandingan pada 26 & 27 May 2012 telah berjalan dengan lancar....

Dengan ini, SR nak ucapkan ribuan terima kasih kepada yang hadir & memeriahkan lagi hari bahagia kami (rasanya tidak terlambat untuk say thanks) ...

1st of all, ribuan terima kasih juga diucapkan kepada keluarga SR, keluarga mentua, mak cik, pakcik, cousins, yang banyak membantu kami supaya majlis berjalan dengan lancar, tidak lupa juga kepada pengapit, make up artist, mak andam pelamin, silat pengantin, photographer,  videographer, staff Alfameli, & kepada pihak Petronas Leadership Center (PLC). 

Terima kasih kepada semua yang bagi hadiah wedding..

 

Terima kasih bibik azi & pak man for the awesome video pernikahan kami.. :

 

Terima kasih juga kepada Fiqa Rizqin kerana sudi update blog entry : Cousin Wedding Sisi & Ezam. Fiqa merupakan my MC semasa Majlis Persandingan pada 26 May 2012. Thanks darl !!~


Terima kasih juga kepada Eqa, (pengapit pengantin semasa 27 May) yang sudi mengupdate blog dengan entry :Wedding along Ezam & Kak Sisi



Thanks semua, akan SR abadikan kesemuanya dalam kenangan terindah.. ^_^

Monday, March 5, 2012

Countdown!!~

3
getting married in days

Dup Dap Dup Dap!!~
81 days to go..
Ya Allah..
Permudahkan la segala urusan kami berdua..
Amin..

Monday, February 20, 2012

My Dream Came True.. :)

2
Syukran Ya Allah..
1st at all :)


Thank you, Mom.
Thank you, Dad.
Three small words.
So much to add.
For all your love
and your support
a million words
would be too short.
The words, "I love you"
seem too few
to express the love
I have for you.


There is no better time than now. The TIME TO LIVE is now. The TIME TO DREAM is now. The time to imagine and forget the past is now. The time to SHINE is now. The time to bleed, sweat, and determine yourself for the things you want most is now.




Don't let people bring you down,
Stand up for your right,
Show them what you got...
You have right, to do what you want,
But be careful to choose what you think is right,
That the end of the day that you will not blame your self..

Thursday, February 9, 2012

Yes!! Reviewed 2 has completed!! :)

0
Hehe..after balik dari training MAS Subang, sampai je office xsabor nak view application status..
Now 2nd review has completed!!!

Wednesday, February 8, 2012

Review 1 completed :)

2

Huu nervous after ni 2nd review -> Committee approved -> Active :)

Wednesday, January 25, 2012

Nice trial aura terasa :))

0
eSemalam (24 January 2012), SR dengan En. tunang survey2 kad kahwin di Kajang..Wow rambang mata kerana banyak pilihan tapi belum ada yang berkenan di hati..

Nak jalan survey ke kedai2 yang lain tapi banyak kedai yang tak bukak, kedai kad melayu tutup (mood Chinese New Year agaknya) .. Then kami melawat Butik pengantin di Bandar Tasik Permaisuri.. Ini 1st time kami berdua survey kad kahwin & pelamin..



Dalam kepala otak SR, kalau gi Butik pengantin kita akan duduk & bincang pasal harga & package yang dorang tawarkan.. Tapi masa kami mula-mula sampai di butik pengantin, tanpa banyak cerita pemilik butik tu minta kami try baju pengantin dulu.."ambil aura" katanya..huhu... Nice trial, memang aura nak jadi raja sehari tu terasa sangat apabila SR try 3 baju pengantin..

Macam cerita korea plak..haha..After SR salin baju pengantin, En tunang tengok SR dalam white gown.. Wow so sweet ^_^ ..hihi..rasa macam tak mo tanggalkan baju pengantin tu :P hihi.. "1st time trial aura memang terasa :) "


Friday, January 20, 2012

My Wedding Checklists

0
Yeah, finally SR berjaya insert table ini, dalam blog..hihi..(seronok sangat)..Ini adalah for sharing is caring..Bagi SR kalau nak buat apa-apa mesti kene planning, bila dah planning mesti kene ada checklist..mana yang dah "done" boleh garis ..hihi.. After this SR akan updated checklist ini disini :))



My Wedding Checklist-Sisiantee & Ezam
Miscellaneous Solemnization ceremony
Nikah form Make-up (mak andam)
Surat Akuan Bujang (en. tunang) Bunga tangan
Ujian HIV Baju bersanding (L/P)
Upah gubahan barang hantaran Baju pengapit perempuan
Yuran daftar Nikah Baju pengapit lelaki
Malam berinai (Inai) Umbrella
Spa/facial Pelamin decoration
Baju persalinan (malam berinai) 2x bunga pahar (pelamin)
PA System Bekas renjis
Musician - live band Sewa dewan hall
Music Pintu gerbang/Reception centerpieces
Sound system Walkways decorations, red carpet
Tables/chairs Caterer
DJ/MC Food - chosen
Wedding Reception Pengantin -Table decorations
Kain ela-baju nikah (P/L) Cake decorations
Make-up (mak andam) Cake knife
Cincin Wedding cake
Jamuan Ushers
Bantal nikah Flower girls' flowers
Bekas letak cincin Guest book/pen - D.I.Y
Mas kahwin Other decorations
Upah Kadi/Imam Flower girl basket
Bunga tangan Banner
Invitations Card 2x bunga manggar - Penanggar
Listing of the invitation 2x Signbord (road) & bunga manggar
Invitations Card design Kumpulan Kompang
Announcements/invitation on FB Silat
Map/direction cards Kumpulan marhaban
Postage - stamps Photography
Address/name labels Bridal portraits
Wedding programs Wedding Reception
Honeymoon Solemnization Ceremony
Air fare Photo albums
Accommodations Pre wedding portraits
Rental Car
Entertainment Hantaran Lelaki
Honeymoon clothes Sirih Junjung
Hantaran Perempuan Buah-buahan
Duit Hantaran Coklat
Cincin Handfone
Al-Quran al-quran
Buah-buahan Jam tangan
Set alat solek Handfone
Kasut Handbeg Kemeja/slack
Telekung/sejadah Kasut
Perfume Perfume
Handfone Set penjagaan badan
Tepak Sirih/Innershine brand Attendant door gifts
Rings 1,500 x Paper bags
Wedding bands 1,500 X Doorgift
Engagement ring 25 x doorgift (VIP) - Aunty&uncle
Engraving

Thursday, January 19, 2012

Baju nikah made in bandung harga berbaloi-baloi :)

18
Ini just for sharing is caring, bukan untuk menunjuk-nunjuk okay..for those yang mau shopping barang perkahwinan di bandung, please do so.. Ramai kawan-kawan SR beli barang kahwin di bandung seperti kad kahwin, doorgift, baju nikah & barang hantaran..

Last week 12-15 January SR berkesempatan untuk ke Bandung bersama-sama family tunang..Tujuan ke sana adalah untuk bercuti & beli barang-barang kahwin..Dapat jugak ke Bandung buat kali kedua..hehe..thanks ibu & ayah yang support kami di sana :))
Now SR nak sharing pasal baju nikah yang SR dah beli & tempah di Bandung, Indonesia. Even SR & tunang tidak berkesempatan untuk buat kad kahwin kami di sana, tapi after baju nikah kami dapat siap dalam tempoh yang ditetapkan kira syukur alhamdulillah..hihi..mana idaknya, baju nikah kami siap dalam masa 1 hari..then beli lace, lining & tempah baju nikah harganya sangat murah okay..

Di Pasar Baru, semasa mula2 mencari kain..SR ada minat dekat satu lace at one shop ni..sangat cantik lacenya..tapi harganya sangat mahal hokey..500ribu rupi per meter..mean (calculator please) RM173.5 per meter..Oh man!!~ mahalnya..SR tak tahu standard harga lace brapa..serious sebelum pergi bandung SR tak survey pon harga kain dekat Jakel & Gulatis or kedai2 kain yang lain.. tapi bagi SR RM173.5 per meter sangat mahal, per meter okay kalau 2meter dah RM347..wottt..wott (lari budget).. Ibu pon tawar menawar dengan orang tu..SR dah gigit jari dah kain dah berkenan tapi harga mahal sangat..Adeih..after tawar menawar, orang tu bagi 350ribu-400ribu per meter..mean RM 124.45 per meter still mahal lagi..now terpaksa move on to another shop..

Masa kami cari kedai kain yang seterusnya (kedai yg kedua), sekali ibu berkenan dengan 1 lace yang dimatchedkan dengan lining hijau kat patung di kedai
Anisha Textile, lace die sangat nice, nampak class hijau corporate colour.. Then ibu mula tawar menawar SR tak ingat 1st price pekerja Anisha bagi..Jujur SR sangat minat dengan lace & lining hijau tu..Tapi SR mau cari warna yang soft like white, peach, cream, soft pink & soft purple..then ape lagi SR mintak pekerja Anisha Textile tu keluarkan lace yang lain & matchedkan lace tu dengan lining-lining yang sesuai..Puas jugak SR & ibu sibuk matching-matching lace dengan lining yang kene dengan selera tekak SR, then pemilik Anisha Textile datang membantu SR & ibu cari lace2 & lining yang lebih menarik..Huhu..

Then SR berkenan dengan lace & lining yang di recommend oleh pemilik Anisha Textile (nama lace tu pun glamor & secantik lace tu jugak)..hihi.. u know guys after tawar menawar SR dapat 700 ribu untuk lace 2meter & lining (satin 2tone) 4meter, mean RM243 all together!!!!! Ya Allah..SR suka sangat2..tak sampai RM300 untuk lace & lining satin.. Then die offer kalo beli kain for my en. tunang die bagi 800ribu... wah sangat berbaloi-baloi..SR tak pikir panjang SR terus beli..masa bayar SR bagi 800ribu then die pulangkan 50ribu..mean ada discount 50ribu lagi wokeh!!! mean kain en.tunang for 4 meter adalah RM26 + kain SR RM 234.25 = Total RM 260.25... wink2 :))
Pemilik Anisha Textile recommend SR dekat satu tailor ni, semua customer dia, dia akan recommend untuk guna khimat tailor Seruni...Then pekerjanya bawakan kami ke sana..SR yakin untuk membuat tempahan baju nikah di Seruni kerana tailor ni yang memang menjahit baju kahwin & ada kedainya sendiri, SR tengok sendiri baju2 hasil jahitannya..So SR runding price dengan Teh Lina owner Seruni, after tawar harga..Owner ni bagi harga 400ribu (RM139) untuk baju nikah SR & 300ribu (RM104) untuk baju nikah en tunang..then dia bagi discount 50ribu (RM17.35) ..so total dalam RM 225.65..wink2.. Owner ni kata, mahal sebab SR nak siapkan dalam masa 1 hari..(so agak2nya kalo bukan dalam masa 1 hari brapa ek dia charge? SR xtanya plak..huhu)..SR pon bagi contoh design baju nikah dalam majalah pengantin Nov'11..


SR hantar baju pada 13th January 2012 pukul 4.45ptg macam tu..then pada 14th January 2012 pukul 4.30ptg SR ambil baju..Dup dap dup dap..Ya Allah nervous okay..SR takot, apabila memikirkan baju SR tidak jadi seperti yang diingini..huhu..after pekerja Seruni tunjukkan baju tu..Wow nice sama 80% dengan design yang SR minta, tapi sedikit terkilan sebab lining SR tu adalah sartin 2tone..belakang warna lain depan warna lain..SR mau warna purple didepan tapi...dia guna warna yang sebelahnya..but matching jugak, & still cantik (salah SR tak inform awal2)..Masa try..alamak sikit ketat okay..adeih, SR kene diet dalam 5kg..huhu..Baju en. tunang kene O-ter balik, sebab lengan baju melayu en. tunang terlabuh, & bajunya kene kecilkan sedikit..

Credit this picture to Seruni Kebaya

Kira-kira :
SR punya Baju Nikah[Lace & Satin 2tone (lining)]RM 234 + Tempah Jahit RM147 =totalRM381
My En Tunang punya Baju Nikah [ Satin 2tone] RM 26 + Tempah Jahit RM 104 = total RM 130


Syukur alhamdullilah baju nikah SR sudah siap :)) tapi..tak boleh happy lagi..pelamin, mak andam, borang nikah, kad kahwin, barang hantaran & bla..bla..bla..banyak yang belum settle lagi..Adeih =.=' pening kepala wokey..hihi..doakan semua berjalan dengan lancar tau..aminn :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Klik here to join

Twitter Widgets
Powered By Vistaprint
Facebook Widgets
Powered By Vistaprint
Web Directory
OnToplist is optimized by SEO
Add blog to our directory.