Friends

::Masa itu emas::

Monday, June 24, 2013

Supermama...

0


SR start kerja pada 17th June 2013.... Baru seminggu secara offically jadi suri rumah (isteri+ibu) berkerjaya dah perasan jadi Super Mama...hahaha...penat?? Tak payah cerita penatnya macam mana.. Kalau sebelum ni duduk dengan mak SR, mak banyak membantu.. Now, duduk sendiri A-Z kene buat sendiri..

Rutin harian SR sebagai Suri Rumah Berkerjaya... Dari office, SR dan hubby akan ambil Qhaid di rumah mak SR.. Kami akan pastikan kami akan sampai di rumah kami before maghrib (tak elok bawa baby time maghrib2). Sampai sahaja di rumah, SR akan masak nasi dan masak lauk untuk dinner.. Now hubby request lauk yang simple2 je, dulu duduk berdua bolehlah nak masak 2-3 jenis lauk.. now dah bertiga masak 1 lauk pon dah mencukupi.. Sementara SR masak hubby akan jaga nad tidur kan Qhaid.. Kalau nak makan pon, tak boleh nak makan macam pengantin..hahaha.. SR kalo bab makan, mmg slow, biasanya SR org yang terakhir hbs makan.. Dah ada anak ni, semuanya kene pantas.. Anak tito je, time tu la nak mandi, basuh baju, lipat baju and gosok baju.. 

Mujur hubby seorang yang memahami dan banyak membantu.. Kalau husband and wife bekerja, kedua-duanya mesti ada kerjasama dalam membuat kerja2 rumah.. Kalo SR memasak, hubby akan tolong basuh pinggan and kuali... Kalo SR basuh baju, hubby akan sidaikan.. Alhamdulilah.. Ringan sikit beban.. ;) thanks abg... Hihi..

Bab wat susu anak tengah2 malam, hubby nya keje.. Bab bagi susu kat Qhaid, SR nya bahagian.. Bab salin pampers kami gilir2.. Hidup dalam rumahtangga mesti ada kerjasama, baru hidup aman sejahtera...amin... Hihi.. 

Kalau dulu time weekend time untuk berehat, now tak berapa nak rehat sangat and terasa kepenatannya.. Haha.. Lagi2 Qhaid dah pandai nak ajak bergurau, kalau mama or papa dia tak ada depan mata, mula la ekkkk..ekkk.. Hihi.. Alahai, bila teringat Qhaid hilang semua penat mama kamu sayang... MasyaAllah... Rupanya sungguh indah perasaan insan yang bergelar ibu.. Hihi.. Agaknya ni power seorang yang bergelar ibu, sanggup buat apa sahaja untuk kesejahteraan anak yang dikandungkannya.

Kepanatan yang melanda, mungkin di peringat awal2, bila dah lama, mungkin SR akan biasa.. Time tu kacang je and tidak rasa lelah.. ;) bukan mudah menjadi suri rumah berkerjaya.. Nak jaga makan minum suami tercinta and mendidik serta membesar anak tersayang memerlukan kekuatan dan kesabaran.. Belum lagi nak concentrate dengan career..

Tapi demi tanggungjawab sebagai seorang isteri dan memikul amanah Allah untuk menjadi seorang mama kepada Qhaid Danial. SR berdoa semoga SR berjaya menjadi seorang isteri yang baik, taat dan manjaga rumahtangga serta menjaga kehormatan suami dan seorang mama yang boleh mendidik dan membimbing anak2 untuk menjadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat.. Aminn.. ;)





Qhaid Danial Bin Qhairul Ezam

0



Syukur alhamdulillah, SR telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada tanggal 22hb April 2013.. Nama diberi Qhaid Danial Bin Qhairul Ezam, buah hati pengerang jatung mama and papa... Semoga anak mama menjadi seorang yang beriman, taat kepada ibu bapa, membesar dgn sihat, berbakti kepada keluarga, agama, bangsa dan negara dan hidup diberkati Allah s.w.t ye sayang...Aminn.. <3 


Sekejap je masa berlalu, Qhaid Danial genab 2bulan pada hari ini 22 June 2013..mama tidak puas tengok kamu semasa kamu dalam hari (pantang) sayang kerana begitu cepat kamu membesar.. Bila teringat saat2 dan detik2 semasa mengandung, dan melahirkan kamu, buat mama tersenyum, kerana ia merupakan pengalaman yang begitu indah sekali buat mama sayang... 



Now anak mama dah pandai berborak, senyum and gelak bila mama and papa ajak bergurau, pandai tegur orang di sekeliling, pandai merajuk bila lambat dapat susu...Alahai... Buat mama bertambah geram dekat kamu Qhaid.. ;) 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Klik here to join

Twitter Widgets
Powered By Vistaprint
Facebook Widgets
Powered By Vistaprint
Web Directory
OnToplist is optimized by SEO
Add blog to our directory.