Friends

::Masa itu emas::

Friday, August 13, 2010

Senarai2 hotel yang mendapat sijil halal dari Jakim


* Sempena Bulan yang mulia bulan ramadhan saya nak berkongsi senarai2 hotel yang mendapat sijil halal dari Jakim..untuk maklumat lanjut sila layari website :

KENYATAAN MEDIA
Ketua Pengarah
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
BERKENAAN
SENARAI HOTEL DAN DAPUR SEKITAR WILAYAH
PERSEKUTUAN YANG TELAH MENDAPAT SIJIL HALAL
MALAYSIA
SEHINGGA 9 OGOS 2010

1. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ingin memaklumkan sehingga tarikh 9 Ogos 2010, sebanyak 22 hotel dan 51 buah dapur di sekitar Wilayah Persekutuan telah diberikan pensijilan halal Malaysia oleh JAKIM. Dalam satu kenyataan media pada tarikh 23 Julai 2010 yang lalu, saya telah menasihati para pengusaha hotel JAKIM agar segera mendapatkan sijil halal Malaysia dari JAKIM atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN). Hal ini penting bagi mengalakkan para pengguna dikalangan umat Islam berbuka puasa di hotel yang telah disahkan halal oleh badan yang berautoriti sama ada JAKIM atau JAIN.

2. Bermula pada bulan Mei hingga Julai 2010, JAKIM telah menerima permohonan daripada 9 buah hotel. Dalam jumlah tersebut, sebanyak 4 buah hotel telah mendapat kelulusan manakala 5 daripadanya sedang dalam proses.

3. Pada 9 Ogos 2010 sahaja, JAKIM telah menerima permohonan daripada 10 buah hotel. Sebanyak 2 buah hotel telah selesai bagi proses dokumentasi makanala 8 daripadanya masih dalam proses semakan dokumen dan dijangka akan disegerakan proses pengauditan sebaik proses semakan dokumentasi selesai.

4. Semasa kempen 1Malaysia 1Halal yang telah diadakan pada 6-8 Ogos baru-baru ini di Danga Bay Johor Bharu, sebanyak 50 buah hotel telah datang menghadiri taklimat pensijilan halal bagi sektor perhotelan yang diadakan di Puteri Pacific Johor Bharu. Hal ini menunjukkan kesedaran
yang semakin meningkat dikalangan pengusaha hotel dan ini merupakan petanda yang baik.

5. Seperti kelazimannya, sempena ketibaan bulan Ramadan al-mubarak pada tahun ini, Jabatan ini mengambil pendekatan memaklum dan menasihatkan masyarakat Islam di negara ini yang memilih untuk berbuka puasa di hotel atau menganjurkan majlis-majlis berbuka di hotel agar
memilih hotel atau premis yang telah disahkan halal oleh JAKIM atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).

6. Selain itu, saya ingin menasihati para pengusaha hotel yang belum memiliki sijil halal agar tidak menyalahguna terma-terma yang boleh mengelirukan para pengguna seperti 'buffet Ramadhan' kerana ia adalah perbahasaan halal dan boleh diambil tindakan oleh Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNK) di bawah Akta Perihal Dagangan 1972.

7. Bersama-sama ini disertakan senarai hotel di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang telah mendapat sijil halal dari JAKIM sebagaimana yang dilampirkan. Orang ramai juga boleh melayari web halal di www.halal.gov.my untuk membuat semakan hotel halal di negeri berkenaan.

8. Atas perhatian dan kerjasama pihak media dalam mewar-warkan perkara ini kepada orang awam diucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya Yang Menurut Perintah,
DATO' HAJI WAN MOHAMAD BIN DATO' SHEIKH ABDUL AZIZ


SENARAI HOTEL/DAPUR HOTEL DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR YANG TELAH
MENDAPAT SIJIL PENGESAHAN HALAL MALAYSIA JAKIM
SEHINGGA 9 OGOS 2010
BIL HOTEL DAPUR

1.ANCASA HOTEL KUALA LUMPUR
a) BANQUET KITCHEN
b) PASTRY KITCHEN
c) SAFFRON BRASSERIE (KITCHEN)
d) BUTCHER ROOM

2 BRISDALE INTERNATIONAL
a) RESTORAN SITI KHADIJAH
HOTEL
SDN BHD

3 CRYSTAL CROWN HOTEL
SDN BHD
a) CROWN CAFE @ CRYSTAL CROWN HOTEL

4 DYNASTY HOTEL
KUALA LUMPUR
a) ASEANA COFFEE HOUSE (LEVEL 1)
b) BANQUET KITCHEN (LEVEL 4)
c) PASTRY KITCHEN
5 FALCON POINT SDN BHD (CITRUS
HOTEL KL)
a) CITRUS HOTEL MAIN KITCHEN


6 GRAND SEASONS HOTEL
a) CHINESE BANQUET KITCHEN @
2ND FLOOR
b) O'LAS KITCHEN - WESTERN,
LOCAL COLD, PANTRY @ B1 FLOOR
c)PASTRY KITCHEN @ GROUND FLOOR
d)INDIAN FOOD KITCHEN @ 1ST FLOOR
e)LOCAL KITCHEN @ B1
f)PASTRY KITCHEN @ GROUND FLOOR
g)INDIAN FOOD KITCHEN @ B1
h)CHINESE / BANQUET KITCHEN @ 2ND FLOOR
i)WESTERN KITCHEN @ B1

7 KL AIRPORT HOTEL SDN BHD (PAN
PACIFIC KLIA )
a) DEGREES KITCHEN
b) PASTRY KITCHEN
c) BANQUET MAIN KITCHEN

8 KLI HOTEL MANAGEMENT SDN BHD 1) TOPPOT CAFE

9 LOTUS NATION SDN BHD (HOTEL
PUTRA)
a) D SERAI ( DAPUR PASTRI )
b) SELESA CAFE- ARAS 2 HOTEL PUTRA KL
c) RESTORAN TEMASYA
d) SELESA CAFE- SELESA INN KUALA LUMPUR

10 MAKANA CATERING 1)MAKANA CATERING

11 METROPLEX HOLDINGS SDN BHD
(LEGEND HOTEL KL)
a) DI ATAS BRASSERIE / MAIN KITCHEN

12 MIDAH HOTEL KUALA LUMPUR 1) MAIN KITCHEN

13 MING COURT HOTEL (KL) SDN BHD
(CORUS HOTEL, KUALA LUMPUR)
a) DONDANG SAYANG COFFEE HOUSE

14 PG HOTEL SDN BHD
a) BANQUET KITCHEN
b) AROMAS COFFEE HOUSE

15 PLATINUM PINANG SDN BHD (PUTERI
PARK HOTEL)
a) CENTRAL KITCHEN
b) LOUNGE KITCHEN

16 PNB DARBY PARK EXECUTIVE SUITES
(HOTEL), KUALA LUMPUR
a) PNB DARBY CAFE
b) THE 39 RESTAURANT

17 QUALITY HOTEL CITY CENTRE
a) BENTENG COFFEE HOUSE KITCHEN
b) MALAY KITCHEN
c) PASTRY KITCHEN
d) MEISAN KITCHEN

18 RESIDENCE HOTEL AT UNIVERSITI
TENAGA NASIONAL
a) RESIDENCE HOTEL AT UNIVERSITI TENAGA
NASIONAL (UNITEN)

19 SERI PACIFIC CORPORATION SDN
BHD (SERI PACIFIC HOTEL KUALA
LUMPUR)
a) OUTLET ZENDE KITCHEN
b) OUTLET BANQUET KITCHEN
c) OUTLET XUANG XI KITCHEN
d) OUTLET PASTRY KITCHEN

20 SYARIKAT MALURI SDN BHD (HOTEL
MALURI)
a) BISTRO

21 THE PLAZA HOTEL KUALA LUMPUR
a) MAIN KITCHEN

22 TRADEWINDS HOTELS & RESORTS
SDN. BHD.
a) TAMAN SARI KITCHEN
b) BANQUET KITCHEN

SENARAI PERMOHONAN/LULUS/GAGAL HOTEL BERMULA PADA BULAN
MEI HINGGA JULAI 2010

1 JB SENTRAL 6/5/2010 DALAM PROSES

2 SERI MALAYSIA IPOH 26/5/2010 LULUS

3 MAYOR HOTEL 25/5/2010 DALAM PROSES

4 GOLD COURSE 27/5/2010 DALAM PROSES

5 SERI MALAYSIA TAIPING 7/6/2010 LULUS

6 SHANGRI LA 16/6/2010 DALAM PROSES

7 CRYSTAL CROWN 13/7/2010 LULUS

8 GRAND CONTINENTAL 27/7/2010 DALAM PROSES

9 GRAND SEASONS 29/7/2010 LULUS


Comments
0 Comments

0 Comment:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Klik here to join

Twitter Widgets
Powered By Vistaprint
Facebook Widgets
Powered By Vistaprint
Web Directory
OnToplist is optimized by SEO
Add blog to our directory.