Friends

Daisypath Anniversary tickers

::Masa itu emas::


Monday, January 10, 2011

Wanita berusia 65 tahun memiliki 23 anak selain bercucu dan cicit.


Pn. Mansura dan En. Yusuf

Wow..hebatnya sambil menggeleng kepala sebaik sahaja saya baca tajuk berita Metro semalam 9 January 2011 (Wanita berusia 65 tahun yang memiliki 23 anak selain bercucu dan cicit)..Susah kot nak dengar ibu yang mempunyai ramai anak pada zaman sekarang, paling ramai pun 12 atau 15 orang anak..Betul tak?..

Senarai nama anak pasangan Pn.Mansura dan En.Yusuf


1. Junaidah, 46, suri rumah (perempuan)

2. Jainal, 43, polis bantuan (lelaki)

3. Halimah, 42, suri rumah (perempuan)

4. Junaida, 41, suri rumah (perempuan)

5. Zubaidah, 39, suri rumah (perempuan)

6. Maisah, 37, berniaga (perempuan)

7. Hamidah, 36, berniaga (perempuan)

8. Mohd Dalfa, 35, pemandu lori (lelaki)

9. Mohd Alfiah, 32, berniaga (lelaki)

10. Hassan, 30, jurujual (lelaki)

11. Hussin, 26, tidak bekerja (lelaki)

12. Masnah, 27, suri rumah (perempuan)

13. Halimah, 25, - meninggal dunia ketika usia 15 tahun (perempuan)

14. Hafizah, 23, suri rumah (perempuan)

15. Mohd Rafi, 21, pekerja swasta (lelaki)

16. Norasikin, 18, penganggur (perempuan)

17. Jefry Aman, 15, pelajar (lelaki)


Selain 23 anak, termasuk enam yang meninggal dunia sebaik dilahirkan, Pn.Mansura turut dikurniakan 60 cucu dan empat cicit.

Meskipun boleh dianggap nenek, tub
uh Pn.Mansura seakan-akan tidak ditelan waktu dan kelihatan sihat seperti wanita berusia 30-an.

Pn.Mansura berkahwin dengan En.Yusof ketika berusia 13 tahun dan terus bunting pelamin, namun kurang bernasib baik apabila beberapa anaknya meninggal selepas dilahirkan.

Anak pertama Pn.Mansura sepatutnya berusia 52 tahun tetapi meninggal dunia sebaik dilahirkan, manakala paling bongsu berusia 15 tahun dan menuntut di Sekolah Menengah Batu Sapi.

Mengikut perkiraan kasar, pasangan ini memperoleh anak sulung iaitu Junaidah, 46, ketika Pn.Mansura berusia 19 tahun dan melahirkan anak ke-23, Jefry Aman, 15, pada usia emas 50 tahun. Malah ketika berusia 30 tahun, dia mempunyai lapan anak.

Menurut Pn.Mansura, ramai wanita kini mengabaikan penjagaan diri dan enggan mengikuti nasihat orang tua yang dianggap kolot serta ketinggalan ramai.


“Ketika suami marah, kita sebagai isteri perlu berdiam diri dan jangan sesekali melawan kerana ‘harimau’ yang mengamuk pantang dicabar,” katanya. Perkara sama perlu dilakukan suami apabila melihat isteri dalam keadaan marah.

“Sebagai orang tua, saya hanya mampu memberi nasihat kerana sedih mendengar pasangan yang baru mendirikan rumah tangga sudah naik turun mahkamah untuk bercerai.

“Sedih melihat isteri yang masih muda dan cantik terpaksa menjadi janda pada usia muda,” katanya.

Pn.Mansura juga berkata, kewangan bukan masalah utama jika tahu menguruskannya.

“Saya tidak kaya dan hanya menetap di rumah kayu, tetapi suami tetap sayang dan sentiasa membahagiakan saya. Sebagai balasan, saya kini mengambil alih tugasnya mencari rezeki berikutan kesihatannya kurang baik kebelakangan ini,” katanya.

Selain petua ketika bersama, suami isteri perlu bertolak ansur kerana alam berumah tangga mempunyai 1,001 cabaran dan dugaan. Ini adalah rahsia beliau dalam mengekalkan kebahagiaan rumahtangga :

1. “Seperti bayi yang akan berhenti merengek selepas dapat menyusu, begitu juga halnya dengan si suami yang akan layu ketika ‘disusukan’,” begitulah nasihat Pn.Mansura Sirai tanpa segan silu menceritakan rahsia kerukunan rumah tangganya bersama suami tercinta, En.Yusuf Susuk, 70, sejak lebih 50 tahun lalu.

2. Ibu berusia 65 tahun yang melahirkan 23 cahaya mata ini mengakui payudara isteri memainkan peranan utama bagi menawan suami dan mengelaknya beralih cinta kepada wanita lain.

3. “Sebagai isteri, kita harus tahu menjaga penampilan diri dari luar dan dalam selain sentiasa bergurau setiap masa, terutama di bilik tidur.


4. “Bayangkan perasaan suami apabila melihat tubuh kita kendur di sana sini, sudah pasti hilang selera untuk bersama dan menjadi alasan mencari pucuk muda yang lebih gebu,” katanya tanpa berselindung.


5. Pn.Mansura berkata, jika aset wanita itu sentiasa padat, kerukunan rumah tangga dan hubungan suami isteri sentiasa hangat.


6. “Payudara perlu dijaga sebaik-baiknya dan antara caranya ialah memakan jamu dan bersenam.


7. “Jamu boleh dibuat sendiri menggunakan barang yang mudah didapati di pasar seperti ibu kunyit, asam jawa, lada putih, sirih, manjakani, gula, garam dan telur ayam kampung. Pemakanan jamu membolehkan badan lebih sihat dan bertenaga serta menegangkan otot kendur, terutama sistem peranakan.

Credit to : Harian Metro


P/s : alamak jamu?? pahit kot..huhu..takpe janji chantik untuk suami jugakkan ;)
Comments
0 Comments

0 Comment:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Klik here to join

Twitter Widgets
Powered By Vistaprint
Free Auto Backlink
Facebook Widgets
Powered By Vistaprint
Web Directory
OnToplist is optimized by SEO
Add blog to our directory.