Friends

::Masa itu emas::

Thursday, December 13, 2012

5 months already :) Syukur alhamdulillah

Assalammualaikum :)



Wah lamanya, SR tidak update blog... fuhhhhh.. berabuk2 sudah... hehe..Blog ini tidak berupdate since SR start preggy.. Now SR happy menempuhi setiap saat ibu mengandung, excited untuk menjadi seorang ibu... soon insyaAllah.. Semoga Allah permudahkan segalanya.. Semoga baby sihat, sempurna, & selamat dilahirkan, semoga baby menjadi anak yang soleh/solehah, berjaya di dunia+ di akhirat nanti (aminn).. After 5 months mengandung, actually banyak perubahan ke atas ibu mengandung rupanya.. Perubahan dari segi permakanan, emosi (very5 sensitive), berat badan (sebelum ni 'kg' senang naik, sekarang 'kg' ssh nak naik), dan gaya hidup. So disini SR ingin mengambil kesempatan untuk share pengalaman sepanjang tempoh kehamilan SR..


Start tahu Preggy :) 
Semuanya bermula since SR demam pada awal Syawal .. Pada 25 August 2012 SR pergi klinik bersama suami untuk checked demam, then tiba-tiba doctor mintak buat urine test, sebab doctor 'syak' SR pregnant.. 1st time checked urine test.. Berdebar2.. alhamdulillah ujian +ve.. Tapi masa ini urine test still samar2.. then next week 30 August 2012 SR try buat urine test lagi sekali di rumah iaitu pada awal2 pagi.. Kali ini clear, ada 2 garis di urine test.. Bukti SR pregnant.. Syukuran Ya Allah :) . Tanda-tanda awal SR tahu SR preggy antaranya adalah :
  • Sakit perot - sakitnya lebih sakit dari period pain (seminggu sakit) ;
  • Demam ;
  • Sakit tulang belakang, ditengah2 punggung ;
  • Sensitive dengan hubby, benda sikit pon nak marah2.. (ahaks mujur hubby adalah seorang yang cooool man) ;
  • Kerap bangun di tengah2 malam untuk membuang air kecil ;
  • Suka tidor, cepat mengantuk, & badan letih2..
  • Pening kepala, macam nak tumbang (kurang darah)

Start Morning Sickness :) 
SR start morning sickness adalah pada 4 September 2012, pada masa ini, SR and suami di Krabi Thailand (honeymoon).. Pada mulanya SR ingat SR mabuk laut, sebab SR start mabuk2 ketika SR balik dari melawat 5 pulau (dari pagi hingga ke petang keluar naik bot ke pulau2 dengan ombak yang beralun2). So bila balik ke Malaysia, SR still mabuk2.. Hidung SR sangat2 sensitive dengan certain2 bau (deria bau SR sgt kuat).. Then baru SR tahu SR dah start morning sickness.

Peliknya, SR start tidak suka masakan Thailand terutama TOMYAM (padahal tomyam is one of my favorite food, hari2 makan pon tidak apa), dengar perkataan THAILAND pon nak muntah, tengok LAUT atau gambar laut pon nak muntah jugak wokeyyy.. haha.. sampai SR tidak mahu update gambar2 kami di Krabi, Thailand (sampai macam tu pulak kan).. Pendek cerita, SR tidak suka sama sekali apa sahaja yang berkaitan dengan THAILAND, seperti bahasa THAILAND, orang THAILAND, tulisan THAILAND.. Now after 5 months, dah okay sikit dah.. Cuma tidak boleh makan makanan ala-ala THAILAND.. Start je morning sickness SR sensentive dengan bau-bauan ini, kalau bau je rasa nak muntah antaranya bau :
  • Nafas hubby (2 bulan yang pertama) ;
  • Perfume yang hubby pakai semasa kami di Krabi. SR pernah menangis tau, sebab hubby terlupa, then pakai perfume tu, sebab sebelum tu SR dah pesan dekat hubby yang SR xsuka bau perfume tu.. Kesian hubby kene marah dengan SR... SR menangis sampai mata bengkak2, mcm kene pukul menangisnya --> (pembawakan baby la ni) hehe (sampai sekarang xboley bau perfume ini) ;
  • Bau bawang putih + bawang merah bila ditumis (3 bulan yang pertama) ;
  • Bau asap rokok + asap kenderaan (bau petrol) (4 bulan yang pertama) ;
  • Bau ikan goreng + ayam goreng (sampai sekarang) ;
  • Bau kari (3 bulan yang pertama) ;
  • Bau LEMON, SR benci sangat2 bila guna sabun mandi yang bau LEMON, sabun basuh pinggan yang bau LEMON, LEMON handsoap.. (sampai sekarang)..
Perubahan yang paling besar ketika SR kena morning sickness adalah berat badan SR menurun mendadak.. dari 58kg - 50 kg.. hehehehe.. Mana tidaknya bila makan muntah, makan muntah. Dari awal mengandung SR sangat2 suka minum air2 yang manis. Air suam kurang, takot jugak SR takot2 kene diabetes ketika mengandungkan. Then bila tanya doctor, doctor kata "its okay, wife saya minum air soya sampai usia kandungan dia 6 bulan". Tapi lately ni SR dah selalu minum air masak, after minum air manis..hihi.. Start 4months SR sudah ada selera makan.. Huh.. Selera makan yang melampau..haha.. Selalu lapar la senang cerita.. So berat badan pon bertambah 2kg setiap kali check up, alhamdulillah :)... But now mengandung 5 bulan still boleh pakai baju kurung... Acanne 2?? hehe..

Start buat buku merah :)
SR start buat buku merah pada 14 November 2012 di Klinik Kesihatan (KK), Hulu Langat .Ketika itu usia kandungan SR 18 minggu (4 bulan lebih). Actually berdebar2 jugak la nak buat check up dekat KK sebab usia kandungan dah 4 bulan lebih (sepatutnya 3bulan dah kene buat), mujur SR tidak kene marah..huuu.. Sebelum ini, SR buat check up kehamilan di klinik swasta.. SR tidak boleh lupa masa 1st time SR kene ambil darah, gementar+takot jugak la.. Mujurla hubby sentiasa di sisi menemani.. ("ingat baby sayang, tak sakit pon mcm kene gigit semut je", pujuk hubby) bergelenang jugak la air mata pandang mata hubby ketika doctor nak cucuk jarum.. fuhhh.. pengalaman yang tak boleh lupa..hehe :P . Bila dah kene ambil darah for the 2nd time di KK, dah okay sikit dah.. Ya allah menunggu giliran di KK sangat2 menguji kesabaran.. Dengan ramai orang, budak2 menangis (emosi marah terganggu sikit). Mujur nurse semuanya friendly2 :) so kurang sikit stress menunggu.. hehe..

Ubat yang SR terima semasa check up di klinik swasta adalah asid folid (awal 2 bulan) then obimin (start 3 bulan), then semasa check di KK, bila nurse dapat tahun tekanan darah SR rendah dia bagi 4 ubat iaitu asid folid, B complex, iron tablets, and Ascorbic asid. Alhamdulillah after 1month SR makan ke empat2 ubat ini, bila SR buat check up di klinik swasta, doctor kata tekanan darah SR kembali normal :) yeahhh..hehe.. alhamdulillah :)


Antara perkara yang paling seronok/happy sepanjang kehamilan SR diantaranya adalah :
  • Dapat perhatian/support daripada hubby sepanjang kehamilan, hubby sentiasa menemani SR buat check up dengan doctor setiap bulan di private klinik or di KK, even berkali2 SR cakap SR boleh pergi sendiri ;
  • Support yang tidak pernah putus from my lovely family & my lovely family in law ;
  • Support from my lovely grandma (uwan+opah) sebab masakan lauk2 yang diminta (mengidam) oleh ibu mengandung ini ;
  • Aunties+uncle yang banyak bagi nasihat, panduan, then bagi buku2 rujukan untuk di baca ;
  • Tidak lupa kepada cousin2 serta kawan2, officemate yang sangat2 mengambil berat wokey.. terharu rasa (sayang korang).. hehe..
  • Dapat tgk denyupan jantung si comey semasa doctor scan (12 minggu), Ya Allah... Indahnya ciptaan mu Ya Allah.. tak dapat nak gambarkan perasaan ketika itu (happy, terharu, excited, nak nangis pon ada) ;
  • Dapat tgk pergerakan kaki si comey seperti menendang2 dengan laju ketika doctor scan (17 minggu), Ya Allah membuat SR dan hubby tersenyum gembira ("nak main bola mcm papa ek" kata SR dalam hati)..hehe ;
  • Dapat rasa pergerakan si comey dalam perot, dapat rasa denyupan jantung dia, pergerakan seperti tendang2 ;
  • Bila doctor khabar kesihatan ibu & bayi semuanya alhamdulillah sihat.. syukuran Ya Allah..
Bila SR melalui pengalaman selama 5 bulan mengandung, baru SR sedar bertapa besar nya pengorbanan seorang insan yang bergelar MUMMY (bonda SR), sebab itu syurga di telapak kaki ibu.. Kerana SR dah melalui saat2 mengandung (melalui pelbagai alahan, permasalahan), saat2 yang bakal SR lalui iaitu saat2 melahirkan (ramai kawan2 kata sakit ketika melahirkan baby), mendidik anak, membimbing anak, membesarkan anak.. Ya Allah.. Sungguh besar tanggungjawab itu Ya Allah.. Semoga SR dan hubby dapat bersama2 membesarkan anak2 dengan didikan yang sempurna supaya dapat menjadi insan yang berjaya di suatu hari kelak.. InsyaAllah.. :)

Comments
0 Comments

0 Comment:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Klik here to join

Twitter Widgets
Powered By Vistaprint
Facebook Widgets
Powered By Vistaprint
Web Directory
OnToplist is optimized by SEO
Add blog to our directory.