Assalammualaikum :) ..Ini merupakan entry pertama SR setelah bergelar seorang isteri, fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh......... minta maaf la blog ini penuh habuh2, almaklum la, sudah lama SR tidak update blog..hihi..
Syukur alhamdulillah, SR rasa bersyukur sangat-sangat kerana Majlis Pernikahan dan Majlis Persandingan pada 26 & 27 May 2012 telah berjalan dengan lancar....
Dengan ini, SR nak ucapkan ribuan terima kasih kepada yang hadir & memeriahkan lagi hari bahagia kami (rasanya tidak terlambat untuk say thanks) ...
1st of all, ribuan terima kasih juga diucapkan kepada keluarga SR, keluarga mentua, mak cik, pakcik, cousins, yang banyak membantu kami supaya majlis berjalan dengan lancar, tidak lupa juga kepada pengapit, make up artist, mak andam pelamin, silat pengantin, photographer, videographer, staff Alfameli, & kepada pihak Petronas Leadership Center (PLC).
Terima kasih kepada semua yang bagi hadiah wedding..
Terima kasih bibik azi & pak man for the awesome video pernikahan kami.. :
Terima kasih juga kepada Fiqa Rizqin kerana sudi update blog entry : Cousin Wedding Sisi & Ezam. Fiqa merupakan my MC semasa Majlis Persandingan pada 26 May 2012. Thanks darl !!~
Terima kasih juga kepada Eqa, (pengapit pengantin semasa 27 May) yang sudi mengupdate blog dengan entry :Wedding along Ezam & Kak Sisi
Thanks semua, akan SR abadikan kesemuanya dalam kenangan terindah.. ^_^