Friends

::Masa itu emas::

Friday, June 18, 2010

Saya wanita yang merokok??



Disebabkan saya tak berhenti batuk around 1 month, Eddy my offimate me'label'kan saya seorang gurlz yang merokok, ahaks.. Agak panas statement tu, but i dont mind..cz i know who im.. saya bukan gurlz yang macam tu, sedangkan kalo orang di sekeliling merokok, saya dah lari jauh2, tak pon tutop hidung rapat2..ahaks, sampai mcm tu sekali!!

Skarang pantang jew batok sikit..Tettt!! Eddy da kuar da statement die...but i know eddy just jocking only...Just for fun, tp hampir melekat juga la gelaran tu, even skrang dah tak batok lagi..huhu..

Arini ni, i wanna share somthing yang eddy 'tag' at my facebook page..Agak menarik juga tajuk nye iaitu "MITOS WANITA MEROKOK" Atikel ni saya cedok dari petikan akhbar Metro Harian, mari kita renung2kan :

"DI sebuah kafe, kelihatan tiga wanita cantik duduk semeja dengan gaya tersendiri. Di tangan mereka terdapat sebatang rokok. Seorang daripadanya merokok dengan penuh asyik sambil menghembus asap menerusi hidung. Adakah ini dikatakan gaya terkini wanita moden hari ini?
Jika ditanya kepada mereka, tentu sekali jawapannya ya. Tetapi benarkah merokok menjadi lambang kemodenan serta gaya hidup wanita berjaya dan bergaya? Jika ya, di mana letaknya kecantikan perokok wanita, sedangkan lelaki merokok dianggap jelek dan tidak sopan, inikan pula wanita.

MENURUT Pengarah Institut Perubatan Respiratori, Datin Dr Aziah Ahmad Mahayiddin, ada pelbagai faktor menyebabkan seseorang itu merokok.

Antaranya faktor sosial dan budaya seperti perlakuan ibu bapa yang merokok, pengaruh kawan serta media massa, kurang pengetahuan mengenai bahaya rokok serta faktor ekonomi kerana semua golongan sudah mampu membeli rokok, menyebabkan bilangan perokok semakin bertambah setiap hari.
Malah, tarikan pengiklan yang mensasarkan golongan wanita sebagai pelanggan mereka turut mempengaruhi wanita merokok.

"Wanita kini lebih maju, lebih berpendidikan dan berjaya dalam kerjaya. Wanita memiliki lebih kuasa dalam berbelanja dan bebas membuat pilihan berbanding masa lampau yang mana kebanyakan wanita menjadi suri rumah sahaja."

Apa yang membimbangkan, kebanyakan wanita beranggapan merokok boleh meningkatkan keyakinan diri serta pandangan orang lain terhadap mereka, misalnya lebih langsing, lebih cool, relaks, bergaya dan nampak lebih matang.

"Memang tidak dapat dinafikan merokok boleh menyebabkan badan menjadi kurus disebabkan selera makan menurun tetapi kekurusan ini bukan kurus yang sihat. Sebaliknya, ia membabitkan kekurangan keupayaan untuk menahan diri daripada mendapat penyakit berkaitan rokok seperti penyempitan saluran darah yang boleh menyebabkan strok atau serangan jantung," katanya.

Pendedahan kepada rokok mendatangkan lebih banyak kesan buruk kepada wanita berbanding lelaki. Malah kajian menunjukkan perokok wanita mendapat penyakit berkenaan lebih cepat berbanding perokok lelaki.

Berdasarkan laporan Pusat Kawalan Penyakit (CDC), di Amerika Syarikat sahaja penyakit berkaitan rokok membunuh kira-kira 178,000 wanita setiap tahun. Secara purata, wanita berkenaan meninggal dunia 14.5 tahun lebih awal kerana rokok.

Antara penyakit disebabkan rokok ialah barah (terutama barah paru-paru), tekanan darah tinggi, angin ahmar, strok, gastrik, ulser dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD).

Lebih membimbangkan, kesan negatif merokok akan mengganggu sistem reproduksi wanita. Ini termasuk perjalanan haid yang tidak teratur, kesakitan ketika haid, haid yang sedikit serta putus haid awal atau menopaus sekiranya merokok sejak remaja.

Lebih penting wanita mengandung yang merokok berisiko tinggi untuk keguguran dan melahirkan bayi tidak cukup bulan. Malah ada kes membabitkan bayi mati dalam kandungan.

"Jika bayi dilahirkan mereka selamat, kebanyakan bayi yang dilahirkan wanita yang merokok sering mengalami masalah paru-paru seperti jangkitan paru-paru, radang paru-paru dan asma ketika kecil. Malah asap rokok akan menjadikan asma mereka semakin teruk dan lebih sukar dikawal," katanya.

Wanita yang merokok juga berisiko lebih tinggi untuk mendapat barah rahim, pangkal rahim dan barah payudara. Ini disebabkan di dalam rokok terdapat lebih daripada 4,000 bahan kimia berbahaya seperti nikotin yang boleh menyebabkan ketagihan, ammonia (pencuci lantai), aseton (penanggal cat), naftalena (penanggal cat), karbon monoksida, tar dan radikal bebas. Kira-kira 60 bahan itu boleh menyebabkan penyakit barah.

Menurut Dr Aziah, ada juga segelintir wanita yang hanya berlakon sebagai perokok semata-mata ingin berada dalam kumpulan perokok wanita. Golongan ini sebenarnya memperjudikan kesihatan mereka.

"Ini kerana walaupun kita tidak menelan atau menyedut asap, bahan nikotin masih lagi boleh meresap ke dalam darah melalui lapisan mulut dan tekak.

"Mereka tetap akan ketagih dan selepas itu akan menjadi perokok sebenar. Pendedahan kepada asap rokok kawan juga boleh menyebabkan kesan kepada kesihatan, mereka yang terdedah kepada asap rokok sekunder ini akan mengalami masalah merah mata, sakit tekak, rasa sesak nafas dan jika sering dan berpanjangan, ia akan memberi kesan buruk yang sama seperti perokok juga," jelasnya.

Tambahnya, selain penyakit kronik yang disebutkan di atas, kesan merokok juga akan kelihatan dalam masa singkat. Antaranya nafas berbau, muka cepat berkedut, jerawat, kuku, gigi menjadi kuning serta pakaian dan rumah berbau asap yang berpanjangan.

"Jadi jika dikatakan wanita merokok lebih cantik, di mana kecantikan itu? Ini kerana mereka terpaksa mengeluarkan wang untuk menutup kelemahan kesan daripada merokok. Misalnya terpaksa berjumpa doktor gigi untuk membuat rawatan pemutihan atau terpaksa ke salun untuk rawatan rambut, kulit, badan dan kuku," katanya.

Sebenarnya, ramai perokok di dunia ini mempunyai keinginan berhenti merokok tetapi mereka tidak mengetahui caranya, ada yang mencuba kemudian merokok semula disebabkan ketagih nikotin.

"Namun ini bukan perkara mustahil untuk dilakukan, apa yang penting keazaman yang tinggi, tekad, kesungguhan dan kuat semangat. Agak senang jika belum lagi ketagih kerana mereka boleh meninggalkan rokok begitu sahaja.

"Keinginan berhenti boleh ditingkatkan dengan membaca mengenai kesan buruk merokok. Berhenti bersama kawan juga boleh meningkatkan kejayaan kerana saling sokong menyokong serta penting mendapatkan sokongan moral keluarga seperti isteri, suami, ibu bapa juga saudara-mara," katanya. "


Justeru, berhenti merokok kerana tiada kecantikan dan glamor dalam merokok.!!



Comments
3 Comments

3 Comment:

Kimie Hashim on July 20, 2010 at 10:17 AM said...

biasalah tu sisiantie..membe saya yg pompuan pun ada yg mrokok,saya biasakan aje walaupun dalam hati rasa macam nak bagi penampar je..hehe..

Kimie Hashim on July 20, 2010 at 10:18 AM said...

biasalah tu sisiantie..membe saya yg pompuan pun ada yg mrokok,saya biasakan aje walaupun dalam hati rasa macam nak bagi penampar je..hehe..

Anonymous said...

Kalau yg baru nk merokok tu elok la brenti. Kalau yg ketegori heavy smoker tu sendiri pikir la.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Klik here to join

Twitter Widgets
Powered By Vistaprint
Facebook Widgets
Powered By Vistaprint
Web Directory
OnToplist is optimized by SEO
Add blog to our directory.