Friends

Daisypath Anniversary tickers

::Masa itu emas::


Friday, July 16, 2010

Mawar merah di langit - Tanda kiamat makin hampir

3

Quran (55) : Surah Ar-Rahman
37. When the sky is torn apart, so it was (like) a red rose, like ointment
38. Then which of the favours of your Lord will you deny?

Subhanallah ....semoga kita sentiasa beringat hendaknya...


AMBIL IKTIBAR WAHAI ORANG YANG MEMPUNYAI PENGLIHATAN ! GAMBAR INI
DIRAKAM SECARA TIDAK SENGAJA OLEH NASA. TERDAPAT OBJEK
DILANGIT YG PECAH... DLM BEBERAPA BULAN YG LEPAS DALAM AKHBAR AL-AHRAM DAN
LAMAN WEB NASA IANYA MENJADI BUKTI DALIL KEBENARAN
ISLAM.........ALANGKAH BENARNYA ALLAH S.W.T BERFIRMAN;

"SELAIN ITU SESUNGGUHNYA (NGERI) TATKALA LANGIT PECAH-BELAH
LALU...MENJADILAH MAWAR MERAH, BERKILAT SEPERTI MINYAK" ***

AYAT INI MENGGAMBARKAN KEHANCURAN ALAM LANGIT KETIKA HAMPIR KIAMAT
BERINGATLAH DAN JANGAN ALPA KEPADA
KEDUNIAAN..................PERBANYAKKAN KEBAJIKAN DUNIA DAN
AKHIRAT.................... DUNIA KIAN HAMPIR KE AKHIR ZAMAN....

Saya nak join contest pertandingan baju kurung terbaik

0
Gambar hiasan


Haha..serius saya nak join this contest, 1st time tau saya dapat tahu ade pertandingan di blog, hebat betol, saya rasa pertandingan ini amat menarik & saya akan join buat pertama kali nyerr...kalah atau menang itu belakang cerita :)..Pertandingan baju kurung terbaik!! agak best jugak kan..nampak macam senang jew pertandingan ini!!! Blom cuba blom tahu...Kalo boleh saya nak buat yang terbaik...Belek2 album lame, tak ade plak gambar saya berbaju kurung yang mengamcam!!...ahaks!!!..nampaknya kene ambil gambar yang baru lah...hihi..

Saya tahu tentang pertandingan ini apabila saya melawat blog Ben Asaari..untuk keterangan yang lebih lanjut sila KLIK.

Thursday, July 15, 2010

Keringnya Tasik Galilee -> Ketibaan Imam Mahadi???

5

Sebut sahaja Laut Galilee mungkin ramai yang menggaru-garukan kepalanya. Persoalan pertama yang mungkin terpacul di dalam fikiran ialah dimanakah letaknya Laut Galilee ini ? Keduanya apa kaitan laut Galilee dengan ketibaan Imam Mahadi?

Sebenarnya, Laut Galilee ini merupakan sebuah tasik air tawar yang terletak di bahagian utara negara Israel. Ia merupakan sebuah destinasi perlancongan yang penting di Israel. Laut Galilea juga dikenali sebagai Tasik Tiberias dan Tasik Kinneret. Uniknya ialah, laut ini terletak 220 meter di bawah paras laut, separuh dari kedalaman laut mati iaitu 441 meter. Orang Israel menyebutnya sebagai Kinnereth. Ia memberi maksud “Kinar Dawwod” iaitu “harp of David,” Ini kerana, Sea of Galilee jika dipandang dari udara seperti sebuah alat muzik.

Laut ini adalah sebuah tasik air tawar yang terendah di dunia. Tasik ini mempunyai keluasan kira-kira 53 kilometer persegi dan mempunyai kedalaman lebih daripada 200 meter. Banyak kisah-kisah sejarah khususnya sejarah NABI-NABI yang dicatatkan berlaku di sini dan tidak urang juga kisah-kisah yang dikaitkan dengan kisah akhir zaman sebelum terjadinya kiamat.

Nabi s.a.w telah bersabda berkaitan dengan pengalaman sahabat Tamim Ad-Dari ra yang belayar dengan rakan-rakan beliau dan terbabas di sebuah pulau. Selepas mereka bertemu makhluk hodoh yang memperkenalkan dirinya sebagai pengintip, mereka telah bertemu dengan makhluk berbadan besar yang memperkenalkan dirinya sebagai Dajal), “.. Dajal berkata: ‘Beritahu aku tentang pohon-pohon tamar di Baisan, adakah ia masih berbuah?’ Kami berkata: ‘Ya’. Berkata Dajal: ‘Tidak lama lagi ia tidak akan berbuah’. Dajal bertanya lagi: ‘Bagaimana dengan Tasik Tiberia, adakah masih dipenuhi air?’ Kami menjawab: ‘Ya, ia masih dipenuhi air’. Dajal berkata: ‘Tidak lama lagi airnya akan kering’..............” (Riwayat Muslim)

Kenyataan yang paling signifikan di dalam hadis ini ialah tentang kekeringan air di Tasik Tiberia. Fenomena ini akan berlaku di era Dajal. Pada hari ini Tasik Tiberia dikenali sebagai Sea of Galilee atau Laut Galilee dan ia terletak di negara Israel. Ia menjadi sumber air bersih yang amat penting bagi negara Israel. Di zaman Dajal air tasik ini akan surut dan fenomena ini sebenarnya sedang menjadi kenyataan pada hari ini. Reuters bertarikh 14 Ogos 2001 memaparkan sebuah artikel yang bertajuk: ‘Kekeringan Air Laut Galilee di Israel Memerlukan Mukjizat Untuk Pulih’. Mengikut artikel ini, air Laut Galilee sedang berada di paras yang terendah di dalam sejarah iaitu di paras 214.04 meter, lebih rendah dari paras bahaya yang ditetapkan.

Ada juga yang menyatakan bahawa tidak sampai 50 tahun lagi tasik ini akan kering.. Allahu a'lam.(Untuk kupasan terperinci tentang tanda-tanda Kiamat sila dapatkan buku Dr. Danial )


Kucing Boleh bercakap?? Biar betol..!!!

1

Adakah anda percaya dengan statement saya di atas???

Nak saya buktikan??..Tengah busy2 pon boleh berblog kan.. Dikala hati tengah tension & stress dengan keje yang bertimbun2..seronok jugak kalo ade sesuatu yang dapat menghiburkan hati ni, at least boleh jugak lepaskan stress..hihi.. :) Video yang saya nak tunjukkan ni, membuat saya tersenyum sorang2 melihat binatang kesayangan saya bercakap??? Huh..boleh percaya kew ni..?? kalo nak tahu kebenaran nye, kene tengok video dibawah..jeng..jeng..jeng.. :P

Tempat dosa untuk dikunjungi..

0
Selamat Datang ke Dosa Corner!!! :P

Aduhai agak2 la nak letak name tuh kan..mgkn name owner die dosa kot..hikhik..watever :P

Salah satu menu yang ade kat Dosa Corner, siap ade name dosa kot..hikhik

Kenapalah letak name yang macam tuh..X commercial langsung..hihi..anyway tersenyum sekejap bila tgk gambar ni :) hihi.. so funny..

Monday, July 12, 2010

Reunion KMKN Batch '03, Mentee O

2

Huhu, im so exciting menunggu ketibaan hari sabtu-> 17 July 2010..Kerana ape ek?? kerana saya nak jumpa kawan-kawan kelas semasa menuntut di Matrikulasi, Kolej Mara Kuala Nerang, Kedah... kawan2 kelas mentee O... kawan2 kelas yang selalu bersaing untuk mendapat pointer yang baik, kawan2 kelas yang selalu kene buli dengan saya..ahaks, sorang jew yang saya suke buli :P, Siapa?? biar la rahsia....hahaha..saya budak baik okay!! kalo xpercaya tanya Aini...hihi

Tibe2 hati ni berdebar2 nak tunggu saat2 untuk bertemu dengan mereka..Pasti kami akan berkongsikan cerita antara satu sama lain... :D saya tersenyum sendiri, apabila mengenangkan ada diantara kami yang sudah berkahwin, & mempunyai anak yang sangat comel...hikhik..bile la time saya pulak...kalo si kecil tu datang, saya akan di panggil untie sisi!!! huhu..suka sangat!!

Ya Allah permudahkan & berkatilah majlis kami nanti..

Yang pasti saya yang meng 'organise' majlis ini..tetapi Aini lah pencentus idea, mencadangkan supaya kami mengadakan reunion class...bayangkan sudah hampir 6 tahun kami tidak bertemu!! ahaks, yang pasti akan ku simpul kemas memori bersama mereka nanti!!!

Saya agak terkilan juga, kerana ada juga kawan2 yang tidak dapat dihubungi..tapi insyaAllah kalau kali ini majlis ini berjalan lancar, insyaAllah saya akan cuba mencari mereka untuk mendapatkan contact number mereka, sekarang kan zaman internet, semuanye dihujung jari.. Kalo dapat contact mereka, InsyaAllah pada masa2 akan datang boleh lah selalo berkumpul.. :)

Mengapa harus tunggu sampai 6 tahun???

Dulu pernah jugak saya rancang untuk buat reunion kelas, tapi time tu, time study...
almaklumla..time study kene budget sikit & kalo saya yang rancang haruslah sekitar kuala Lumpur..time tu ade yang study di UUM, USM, UITM & di merata tempat lagi..so susah nak berkumpul..sekarang mungkin senang sedikit coz ade di antara mereka bekerja di Kuala Lumpur..so boleh lah berkumpul beramai2..hikhik :)

Aktiviti pada hari itu adalah main bowling..ade jugak yang "cekelat" tak mo main!!! ahaks..memang di akui saya selalo main bowling, tapi banyak masuk longkang dari yang STRIKE ...hahaha..so semua kene sporting okay, & kene main..mula2 memeng malu, after dah main, lame2 jadi ketagih tau!!! hihi..

So kepada kawan2 kelas mentee O, KMKN batch '03..jumpa kalian nti pada ari sabtu!!! hihi..
jangan lupa bawa camera :P (pesan untuk diri sendiri) hihi..

Senarai nama kelas Mentee O (maaf c ingat name pendek jew)..huhu..

1. Paih
2. Zahid
3. Badri
4. Firdaus

5.Aini
6. Erin
7. Yati
8. Mimi
9. Aisyah

10. Betty
11. Azura
12. Nadia
13. Wani
14. Zacx

15. Sisiantee
16. Asmah
17. Natrah
18. Amielah
19. Humairah

20. Syud
21. Mai
22. Suzie
23. Rose
24. Ani

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Klik here to join

Twitter Widgets
Powered By Vistaprint
Free Auto Backlink
Facebook Widgets
Powered By Vistaprint
Web Directory
OnToplist is optimized by SEO
Add blog to our directory.