Friends

Daisypath Anniversary tickers

::Masa itu emas::


Saturday, July 10, 2010

Amazing!!! Sungai dalam laut

4
ALLAH IS GREAT !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Kisah Air Masin & Air Tawar

"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53)

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery' pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.





Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak
kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan
(surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez. Ayat itu berbunyi "Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan..."Artinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.


Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu'lu`u wal marjaan" ertinya "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur'an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur'an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih
untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur'an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.



Allahu Akbar...! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat
sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.

Thursday, July 8, 2010

Khasiat kentut???Euwwww

0
Pasti anda tak akan mengaku kalau anda TERkentut kat depan orang ramai kan, kalau yang kentut keluarkan bunyi itu, alamatnya sah-sah orang sekeliling tahu die yang kentut..kalo saya??malu kot kalau nak mengaku!! hikhik :P
Ade kew poster dilarang Tut***


WASHINGTON : Ia mungkin melucukan dan dianggap tidak masuk akal tetapi pegawai kesihatan persekutuan Amerika Syarikat (AS) dijangka segera mengeluarkan laporan yang memberi amaran kepada umum mengenai faedah kentut.

"Kentut, jika kerap dihidu boleh menyembuhkan perbagai penyakit berbahaya seperti sakit kepala, gangguan pada mata, emfisema, lelah, bronkitis sakit jantung dan lain lain

"Setiap tahun, kira-kira 130,000 rakyat AS telah pulih daripada perbagai
penyakit disebabkan menghidu kentut dan ramai lagi berasa lega daripada penyakit serius kerana terlalu lama terdedah kepada keadaan itu," kata seorang doktor yang bertugas dengan Pusat Kawalan Penyakit (CDC) AS.

Katanya, orang ramai mesti menyedari menghidu kentut sebenarnya menabah khasiat untuk kesihatan orang lain. Menurut laporan yang akan dikeluarkan CDC, setiap tahun kentut mempulihkan 800 kes serangan jantung, 250 kes angin ahmar,30,000 lelah dan 50,000 kes sakit telinga. Disebabkan masalah makanan tidak teratur, kini ramai rakyat Amerika menghidap kembung perut. Menurut laporan itu, purata penduduk AS kentut 14 hingga 23 kali sehari.

Moral of the story : Kentutlah merata-rata tempat
Ingatlah orang-orang yang tersayang!! ahaks!!
Wajah lega kot :P


Anda kategori yang mana?

Klasifikasi Orang Berdasarkan kentut (It so funny :P)


ORANG YANG TIDAK JUJUR
Orang yang kalau kentut menyalahi orang lain

ORANG YANG BERWAWASAN LUAS
Orang yang tahu bila harus kentut

ORANG SENGSARA
Orang yang hendak kentut tapi tidak boleh

ORANG MISTERIUS
Orang yang kalo kentut, tapi orang lain tak tahu

ORANG PENGOTOR
Orang yang kalo abis kentut, kentutnya di kibaskan ke orang lain.

ORANG PEMALU
Orang yang kalo kentut tak bunyi, tapi malu sendiri

ORANG STRATEGIS
Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak

ORANG SOMBONG
Orang yang sering mencium kentutnya sendiri

ORANG RAMAH
Orang yang senang mencium kentut orang lain

ORANG TIDAK SENANG BERGAUL
Orang yang kalo kentut sembunyi

ORANG AKUATIK
Orang yang suka kentut di dalam air

ORANG JUJUR
Orang yang mgaku kalo habis kentut


Monday, July 5, 2010

Disebalik nama "Rachel Corrie" Kapal bantuan Gaza

2

Arini saya received 1 email from my officemate, & saya rasa amat tertarik & patut dikongsikan bersama...

Pada 30 Mac 2010, sebuah kapal seberat 1800-tan telah dibeli melalui lelongan di Dundalk, Ireland dgn harga 70,000 pound sterling oleh Gerakan Pembebasan Gaza (Free Gaza Movement).

Ianya telah diperbaiki dan diperlengkapkan untuk pelayaran ke Gaza.


Kapal itu dinamakan Rachel Corrie.

Siapakah Rachel Corrie?


Rachel Aliene Corrie (April 1979 - March 16, 2003) adalah seorang warga Amerika dan ahli International Solidarity Movement (ISM).


Dia telah dibunuh dengan kejam oleh Tentera Yahudi Laknatullah ketika percubaan menghalang jentolak Zionis meruntuhkan rumah saudara kita penduduk Palestin yg bernama Samir Nasrallah di Semenanjung Gaza.
Pihak Yahudi yang terkenal dengan sifat yg keji telah menafikannya tetapi bukti dan saksi telah berjaya menunjukkan memang dia telah dilanggar dan dengan sengaja.
Sebelum dilanggar
Selepas dilanggar
Menurut akhbar Corrie dan rakan-rakan beliau bertindak menjadi Perisai Manusia. Beliau yang mengambil cuti setahun dari pengajiannya di Evergreen State College telah ke Palestin untuk menyertaiIntifada ke 2.
Beliau telah meninggal dunia akibat cedera parah akibat tekanan melampau pada dada yg menyebabkan tulang rusuk, tulang belakang, skapula dan dorsal spinal column, paru2 kanan koyak dengan pendarahan teruk di kaviti pleural.
Dia dilanggar oleh Bulldozer Yahudi sebanyak 2 kali, ya 2 kali dan Yahudi masih mengatakan ianya kemalangan.

Friday, July 2, 2010

"Not Myself Tonight"

0
The 29-year-old powerhouse singer also revealed the artwork to “Not Myself Tonight,” a sexy black-and-white photo of herself with drawn-on devil ears and a tail..

1st time tengok video clip "Not Myself Tonight", perrr seksi gler kot Christina Aguilera ni..gaya die lebih kurang dengan Lady Gaga, ala mak cik yang seksi lagi pelik tue.. :P ..talking about Christina Aguilera new song "Not Myself Tonight", 1st single off her new albumBIONIC..mmg best la lagu minah ni..rasanye lagu nie blom dimainkan kat radio Malaysia lagi..kalo dah tembusi radio Malaysia mesti akan meletop lagu ni..Tak hairan la, kalo concept music minah ni sama ngan Lady Gaga..Coz dorang lahir dari "latar belakang yang sama"...


Thursday, July 1, 2010

Finally....

0
YEAH!!!


Finally siap jugak ke-empat2 report yang membuat diri ini sibuk, stress & penat sejak dua minggu lepas...nak update blog pon tak sempat, mujur tak bersawang blog nih..hihi.. lega tak terhingga rasanya..hikhik..to my officemate yang akan tito lagi kat office, selamat overnite okay :P..shi tak dapat nak temankan u all lagi..cukup lah minggu lepas sahaja..hehe..!

Brazil & Argentina dijangka ke pasukan suku akhir..

0
My favourite football team Brasil :)


Petikan akhbar kosmo (01 Julai 2010)

"PIALA Dunia 2010 di Afrika Selatan baru melangkah ke pusingan suku akhir.Namun, sudah ramai yang membuat ramalan bahawa Brazil akan menentang Argentina pada perlawanan akhir 12 Julai ini.

Dua pasukan tersebut mendapat rating tertinggi berbanding pasukan lain.

Berdasarkan prestasi kedua-dua pasukan tersebut sejak Piala Dunia membuka tirainya 11 Jun lalu, mereka memang berhak berada di pentas final. Sepanyol selaku juara Eropah tidak tersenarai sebagai pilihan ke final"..

My dad also meramalkan bahawa 2 pasukan ini akan ke pusingan akhir , hihi..ayah minat pasukan argentina, kedua anak gadisnye peminat susah mati Brasil, anak teruna nya peminat sepanyol...Tak sabar nak tengok sapa yang bakal ke pusingan akhir..hihi.. :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Klik here to join

Twitter Widgets
Powered By Vistaprint
Free Auto Backlink
Facebook Widgets
Powered By Vistaprint
Web Directory
OnToplist is optimized by SEO
Add blog to our directory.