Friends

Daisypath Anniversary tickers

::Masa itu emas::


Wednesday, August 18, 2010

Mesin wuduk automatik pertama di dunia




Petikan daripada KOsmo (1 February 2010)

KETUA Imam Masjid Jamek, Mohd. Adam Sarpan mengambil wuduk menggunakan Auto Wudu Washer di Hotel Impiana di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Peristiwa kesukaran kira-kira 40 umat Islam mengambil wuduk daripada sebuah besen di atas sebuah feri akhirnya mencetuskan idea inovasi kepada seorang juruterbang.


Melihat kepada apa yang berlaku, Anthony Gomez (gambar kecil) yang kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif AACE Technologies Sdn. Bhd., (AACE Technologies) lantas terfikir sesuatu teknologi perlu dibangunkan bagi mengatasi masalah tersebut.

Beliau yang pernah menjadi juruterbang peribadi kepada Sir Julius Chan, bekas Perdana Menteri Papua New Guinea, memberitahu, pengalaman itu dilaluinya ketika menaiki feri dalam perjalanan dari Jordan ke Mesir pada tahun 2006.

Mesin Auto Wudu Washer yang dicipta oleh Anthony sendiri itu merupakan mesin wuduk pertama di dunia oleh syarikat tempatan Malaysia dan produk itu mengambil masa kira-kira dua tahun untuk dibangunkan.

Petikan daripada Utusan Malaysia (28 January 2010)

Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini melancarkan mesin wuduk automatik yang dibangunkan sebuah syarikat tempatan, AACE Tecnologies Sdn. Bhd. (AACE) di sebuah hotel di sini.Bagi menyempurnakan pelancaran mesin yang dinamakan 'Auto Wudu Washer' itu, Perdana Menteri menadah tangan bagi mengalirkan air dari mesin tersebut sebagai simbolik mengambil wuduk.

Ketua Pegawai Eksekutif AACE, Anthony Gomez berkata, antara keistimewaan mesin itu ialah ia hanya memerlukan 1.3 liter air untuk seseorang itu menyempurnakan wuduk berbanding lapan liter air jika menggunakan paip biasa. "Mesin ini boleh menjimatkan penggunaan air yang agak kritikal bekalannya terutama di negara-negara Asia Barat,'' katanya pada sidang akhbar selepas acara pelancaran itu. Hadir sama, Penasihat AACE, Dr. Taufiq Thiagi. Katanya, sebagai contoh, mesin itu hanya memerlukan 10 juta liter air untuk kegunaan wuduk harian bagi dua juta umat Islam ketika musim haji di Mekah.

Anthony berkata, mesin itu akan dipasarkan pada Julai ini dengan harga kira-kira RM10,000 seunit. Menurutnya, mesin tersebut mudah dipasang dan sesuai digunakan di kediaman, masjid, surau serta kapal terbang penumpang. Selain mempunyai dua bahagian punca air, mesin wuduk automatik itu juga dilengkapkan dengan sistem pengering dan lampu.

Gambar-gambar mesin wuduk automatik

Gambaran dari sudut sisi

Gambaran dari sudut hadapan

Cara-cara menggunakannya


Comments
4 Comments

4 Comment:

amin on August 20, 2010 at 8:30 AM said...

fuyoo..terbaik..mahal x eh..

Sisiantee on August 20, 2010 at 1:03 PM said...

hihi..mahal kot awak..huhu..

Ojai on August 22, 2010 at 2:48 AM said...

10 ribu wooo...sponsor surau kt area umah terbaik nie...=p

aisyah_aziz on April 2, 2014 at 5:51 PM said...

Ada tak mana2 syarikat, hotel2, masjid2 atau individu yg beli mesin ni??

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Klik here to join

Twitter Widgets
Powered By Vistaprint
Free Auto Backlink
Facebook Widgets
Powered By Vistaprint
Web Directory
OnToplist is optimized by SEO
Add blog to our directory.