Friends

Daisypath Anniversary tickers

::Masa itu emas::


Wednesday, June 30, 2010

My beloved ♥♥♥

1

My favorite poem :)


Saturday, June 26, 2010

Mimpi patah gigi

1

Orang dulu2 kata mimpi adalah mainan tidur..Tapi ada sesetengah orang berpendapat mimpi itu, membawa petanda kepada sesuatu peristiwa...Semua orang pernah bermimpi, saya rasa tak ada orang yang tak pernah bermimpi kn..its depend pada orang tersebut untuk taksifkan mimpi tu sebagai apa..

Apa yang saya nak kongsikan adalah, saya pernah bermimpi gigi atas saya patah, agak lucu jugak la saya rasa..hehe.. after bangun dari tidur, saya terus berkongsi mimpi saya dengan mummy & bibik Eton pekerja mummy..semasa saya bercerita tentang mimpi tersebut, saya tergelak lucu.. "kelakar kan mi mimpi akak ni, ade ke orang mimpi macam tu?"..

"tak elok mimpi mcm tu" jawab mummy kerana patah gigi adalah petanda keluarga terdekat akan "pergi"..agak tergamam jugak la, saya disitu..


Saya ingat lagi saya mimpi patah gigi pada tahun 2006, dan pada tahun tersebut saya kehilangan 3 orang yang saya sayangi.. :'( saya kehilangan cousin yang agak rapat dengan saya, arwah pergi kerana menghidap penyakit leukemia, saya kehilangan atuk yang saya sayangi pada bulan dec, lebih kurang 2 minggu selepas itu jiran sebelah yang selalo menyakat & sangat close dengan saya pergi selama2 nye, kerana menghidap penyakit jantung...tahun 2006 jugak merupakan tahun pertama kali saya tengok jenazah dikebumikan.. mungkinkah mimpi saya itu adalah sebagai petanda?? hidup mati ditangan tuhan rite :) saya anggap semua itu adalah didalam ketentuanNYA..

Saya penah juga, 2 kali mimpi orang yang sangat saya sayangi pergi ke rahmatullah...Ya Allah, selepas mengalami mimpi tersebut saya menangis gile..mana tak nye, mimpi itu menakotkan saya, walaupon hanya dalam mimpi..Tapi orang kata, mimpi tu petanda orang yang kita mimpi itu umurnya akan di panjangkan Allah..Amin :) ...

Wednesday, June 23, 2010

Dateline owh dateline!!!

1
Minggu ni adalah minggu yang sangat bz..bile dh busy ni, mula la badan akan rasa penat+stress+kuat makan+balik keje pon lewat..Letih nye keje, time blajar dulo dok sebok nak keje, bile dah keje windu time blajar plak...haishhhh...rasa mcm nak sambung blajar..macam ne tu?? haha, nti ble sambung blajar + sibok ngn assigment mula la, mengeloh lagi... kalo keje smbl sambung blajar takot diriku ini tak mampu, cz tak pandai wat 2 perkara dalam 1 masa...hihi..nanti blajar entah ke mana keje tah kemane...hikhik :P

Berbalik dengan dateline keje yang perlu disiapkan...kenapa la time bz, semua keje perlu disiapkan sekali gus & dateline pon dekat2..Ermmm nampaknye kemungkinan besar this weeekend kene keje la..huhu..itu la asam garam yang perlu kita terima bila dah bekerja ni, perlu dedikasi, rajin, & perlukan perngobanan :) Hopefully Allah permudahkan segala urusan saya nanti, & semua keje dapat disiapkan sebelom dateline..Amin..Terima kasih jugak kat officemate & senior yang banyak membantu & memberikan tunjuk ajar..Kalo nak senang kena lah bersusah2 dahulo kn..hikhik..Chayok2 sisiantee!!!

Monday, June 21, 2010

So cool!! 3 years old boy playing drum..

3
Wow..hebat nye aksi adik Horward Wong bermain drum!! Patot la my mummy suke tengok video ni berulang kali jgk...for the 1st time tgk agk teruja jugak, cz tak sangka budak yang berusia 3 tahun pandai bermain drum seiring dengan alunan muzik yang dimainkan..adik Hoorward Wong steady jew kat atas stage dengan mimik muke yang agak serius, kelihatan lucu pon ade jgk, cute la die ni, geram plak tengok..itu la keistimewaan yang Allah berikan..so enjoy this video yeah!!



Saturday, June 19, 2010

Searching background for MY FRIEND BLOG!!!

2

Segalanye bermula apabila 1 of my best friend terkejut dengan perubahan besar at my own blog..So, yesterday die mintak tolong to put a nice & smart background to him blog, so why not i tolong die rite?? Sbg kawan we must help each other, setakat yang kite mampu..walaupon x pakar sangat, & this is my 1st time tolong "touch Up" blog orang lain...tp dalam ati kecik ni sempat berkata "elleh senang jew kot~~& think confident to do it"....So i tried to help him..

Mula2 cari background...Fuh!! agak susah gak la nak cari background tok memenuhi citarasa my friend (silver) & look simple..cz majority nye design utk background2 yang ade kat internet sesuai for gurlz!! For guys mmg tak banyak pilihan... Di sini bermula la satu cabaran...mane tak nyer, takot2 tersalah pilih background yg ade pink + purple...almaklumla saya ni "kipas susah mati" pinkPurple!!! hihi


After pilih & pilih background yang ade kat internet, finally jumpa jgk yg berkenan kat "Pyzam"..quite nice la,bt my sister pernah try pyzam nye background..yg tak best nye format kat dalam blog akan lari, takot jugak la nak try kat blog owg lain kn..so i try seaching at the "cutest blog on the block", macam biase kebanyakan nye for gurlz!! but ade jgk yang nice, look simple, & artistic yang i rasa sesuai for my friend..hopefully him like it :)!! I try my best touch up your blog bro!! ..hikhik.. takot jugak menunggu komen dari tuan empunya..for me background is important, cz ia melambangkan personal & peribadi pemilik blog :)

Friday, June 18, 2010

Saya wanita yang merokok??

3


Disebabkan saya tak berhenti batuk around 1 month, Eddy my offimate me'label'kan saya seorang gurlz yang merokok, ahaks.. Agak panas statement tu, but i dont mind..cz i know who im.. saya bukan gurlz yang macam tu, sedangkan kalo orang di sekeliling merokok, saya dah lari jauh2, tak pon tutop hidung rapat2..ahaks, sampai mcm tu sekali!!

Skarang pantang jew batok sikit..Tettt!! Eddy da kuar da statement die...but i know eddy just jocking only...Just for fun, tp hampir melekat juga la gelaran tu, even skrang dah tak batok lagi..huhu..

Arini ni, i wanna share somthing yang eddy 'tag' at my facebook page..Agak menarik juga tajuk nye iaitu "MITOS WANITA MEROKOK" Atikel ni saya cedok dari petikan akhbar Metro Harian, mari kita renung2kan :

"DI sebuah kafe, kelihatan tiga wanita cantik duduk semeja dengan gaya tersendiri. Di tangan mereka terdapat sebatang rokok. Seorang daripadanya merokok dengan penuh asyik sambil menghembus asap menerusi hidung. Adakah ini dikatakan gaya terkini wanita moden hari ini?
Jika ditanya kepada mereka, tentu sekali jawapannya ya. Tetapi benarkah merokok menjadi lambang kemodenan serta gaya hidup wanita berjaya dan bergaya? Jika ya, di mana letaknya kecantikan perokok wanita, sedangkan lelaki merokok dianggap jelek dan tidak sopan, inikan pula wanita.

MENURUT Pengarah Institut Perubatan Respiratori, Datin Dr Aziah Ahmad Mahayiddin, ada pelbagai faktor menyebabkan seseorang itu merokok.

Antaranya faktor sosial dan budaya seperti perlakuan ibu bapa yang merokok, pengaruh kawan serta media massa, kurang pengetahuan mengenai bahaya rokok serta faktor ekonomi kerana semua golongan sudah mampu membeli rokok, menyebabkan bilangan perokok semakin bertambah setiap hari.
Malah, tarikan pengiklan yang mensasarkan golongan wanita sebagai pelanggan mereka turut mempengaruhi wanita merokok.

"Wanita kini lebih maju, lebih berpendidikan dan berjaya dalam kerjaya. Wanita memiliki lebih kuasa dalam berbelanja dan bebas membuat pilihan berbanding masa lampau yang mana kebanyakan wanita menjadi suri rumah sahaja."

Apa yang membimbangkan, kebanyakan wanita beranggapan merokok boleh meningkatkan keyakinan diri serta pandangan orang lain terhadap mereka, misalnya lebih langsing, lebih cool, relaks, bergaya dan nampak lebih matang.

"Memang tidak dapat dinafikan merokok boleh menyebabkan badan menjadi kurus disebabkan selera makan menurun tetapi kekurusan ini bukan kurus yang sihat. Sebaliknya, ia membabitkan kekurangan keupayaan untuk menahan diri daripada mendapat penyakit berkaitan rokok seperti penyempitan saluran darah yang boleh menyebabkan strok atau serangan jantung," katanya.

Pendedahan kepada rokok mendatangkan lebih banyak kesan buruk kepada wanita berbanding lelaki. Malah kajian menunjukkan perokok wanita mendapat penyakit berkenaan lebih cepat berbanding perokok lelaki.

Berdasarkan laporan Pusat Kawalan Penyakit (CDC), di Amerika Syarikat sahaja penyakit berkaitan rokok membunuh kira-kira 178,000 wanita setiap tahun. Secara purata, wanita berkenaan meninggal dunia 14.5 tahun lebih awal kerana rokok.

Antara penyakit disebabkan rokok ialah barah (terutama barah paru-paru), tekanan darah tinggi, angin ahmar, strok, gastrik, ulser dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD).

Lebih membimbangkan, kesan negatif merokok akan mengganggu sistem reproduksi wanita. Ini termasuk perjalanan haid yang tidak teratur, kesakitan ketika haid, haid yang sedikit serta putus haid awal atau menopaus sekiranya merokok sejak remaja.

Lebih penting wanita mengandung yang merokok berisiko tinggi untuk keguguran dan melahirkan bayi tidak cukup bulan. Malah ada kes membabitkan bayi mati dalam kandungan.

"Jika bayi dilahirkan mereka selamat, kebanyakan bayi yang dilahirkan wanita yang merokok sering mengalami masalah paru-paru seperti jangkitan paru-paru, radang paru-paru dan asma ketika kecil. Malah asap rokok akan menjadikan asma mereka semakin teruk dan lebih sukar dikawal," katanya.

Wanita yang merokok juga berisiko lebih tinggi untuk mendapat barah rahim, pangkal rahim dan barah payudara. Ini disebabkan di dalam rokok terdapat lebih daripada 4,000 bahan kimia berbahaya seperti nikotin yang boleh menyebabkan ketagihan, ammonia (pencuci lantai), aseton (penanggal cat), naftalena (penanggal cat), karbon monoksida, tar dan radikal bebas. Kira-kira 60 bahan itu boleh menyebabkan penyakit barah.

Menurut Dr Aziah, ada juga segelintir wanita yang hanya berlakon sebagai perokok semata-mata ingin berada dalam kumpulan perokok wanita. Golongan ini sebenarnya memperjudikan kesihatan mereka.

"Ini kerana walaupun kita tidak menelan atau menyedut asap, bahan nikotin masih lagi boleh meresap ke dalam darah melalui lapisan mulut dan tekak.

"Mereka tetap akan ketagih dan selepas itu akan menjadi perokok sebenar. Pendedahan kepada asap rokok kawan juga boleh menyebabkan kesan kepada kesihatan, mereka yang terdedah kepada asap rokok sekunder ini akan mengalami masalah merah mata, sakit tekak, rasa sesak nafas dan jika sering dan berpanjangan, ia akan memberi kesan buruk yang sama seperti perokok juga," jelasnya.

Tambahnya, selain penyakit kronik yang disebutkan di atas, kesan merokok juga akan kelihatan dalam masa singkat. Antaranya nafas berbau, muka cepat berkedut, jerawat, kuku, gigi menjadi kuning serta pakaian dan rumah berbau asap yang berpanjangan.

"Jadi jika dikatakan wanita merokok lebih cantik, di mana kecantikan itu? Ini kerana mereka terpaksa mengeluarkan wang untuk menutup kelemahan kesan daripada merokok. Misalnya terpaksa berjumpa doktor gigi untuk membuat rawatan pemutihan atau terpaksa ke salun untuk rawatan rambut, kulit, badan dan kuku," katanya.

Sebenarnya, ramai perokok di dunia ini mempunyai keinginan berhenti merokok tetapi mereka tidak mengetahui caranya, ada yang mencuba kemudian merokok semula disebabkan ketagih nikotin.

"Namun ini bukan perkara mustahil untuk dilakukan, apa yang penting keazaman yang tinggi, tekad, kesungguhan dan kuat semangat. Agak senang jika belum lagi ketagih kerana mereka boleh meninggalkan rokok begitu sahaja.

"Keinginan berhenti boleh ditingkatkan dengan membaca mengenai kesan buruk merokok. Berhenti bersama kawan juga boleh meningkatkan kejayaan kerana saling sokong menyokong serta penting mendapatkan sokongan moral keluarga seperti isteri, suami, ibu bapa juga saudara-mara," katanya. "


Justeru, berhenti merokok kerana tiada kecantikan dan glamor dalam merokok.!!



My Favorite Quote

3
Somtime i have 1 hobby, dimana saya suke searching some quote from internet..Biasenye saya berminat to get quote yang cute2, menarik & juga meaningful... Yang bestnye apabila mengumpul quote ni, dapat beri kepuasan & motivate kepada diri sendiri.. Kalo dulu time study, saya suke tampal quote yg boleh bg motivate kat dinding meja study...So ia beri impact jugak la, even just sebaris ayat jew..huhu..Kite juga boleh dedicate quote kepada ibu,bapa & kawan tidak lupe juga kepada kekasih.. :)




Thursday, June 17, 2010

Upin dan Ipin Angkasa The Movie (Akan Datang 2011)

1
Kemungkinan Movie ni akan dilancarkan pada tahun 2011..Wah tak sabar nyerr nak tunggu Upin & Ipin the movie!!!So..kita tunggu okay!!! hikhik.. :) Cartoon Upin & Ipin menjadi kebanggaan rakyat Malaysia, sape sangka cartoon Upin & Ipin mendapat sambutan yang menggalakkan & mempunyai peminatnye yang tersendiri..Peminat Upin & Ipin bukan sahaja terdiri daripada kanak2 sahaja, mak& bapak budak, atok2, kakak & abg2 pon minat jugak..huhu..Paling best kalo tengok gelagat budak kembar tu, lucu betol, Xkering gusi dibuatnye!! Selain itu cerita Upin & Ipin dipenuhi dengan cerita2 tauladan yang harus dicontohi oleh kanak2..Siapa sangka sekarang Upin & Ipin the series dah ade kat Indonesia!! So TANIAH kepada "Les' Copaque" kerana berjaya membawa nama Malaysia di mata dunia :)

Wednesday, June 16, 2010

Meng "Up Grade" kan Blog..

3



Wah, mcm xpercaya blog sendiri da semakin cute..hihi..arini dapat jugak mencuri masa untuk menghias2 blog sendiri, sambil2 mencari idea.. "Up Grade" ape2 yang patot..huhu..baru la sedap mata memandang.. hampir kesemua background warna pink n sedikit purple..memang itu jew yang berkenan di hati..
baru nampak mcm gurlz..ahaks!!


Arini juga, Eddy suggest supaya join kelab "geng blogger", Tq Eddy, Eddy banyak membantu dalam urusan2 blog ni..hikhik..tak rugi kalo join da club kan, lagipon banyak rakan2 blog dari semenanjung M'sia join club ni..interesting btol!! huhu..dari situ jugak la timbul bersemangat untuk berkarya and buat improvement untuk blog sendiri ~~ lalala~~ so blog xla bersarang macam dulo2 kan Eddy..I hope so..InsyaAllah..hikhik ;)

Monday, June 14, 2010

Kenapa saya suka menangis??

4



Wanita Cantik yg suka Menangis...
Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau menangis?" "Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya. "Aku tidak mengerti", kata anak itu. Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti" Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?" "Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis. Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?" Allah berfirman: "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; na mun , harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan " "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya " "Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh " "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya " "Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya " "Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu" "Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.. . Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan." "Kau tahu: Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya." "Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya " tempat dimana cinta itu ada."

Wednesday, June 2, 2010

Pesanan kepada Trainee ZNC Batch Dec 2009

1

Dear Iz, Aini, Aida, Ain & Fahmi..
Dengar ni, ni pesanan kak sisi kat adik2 nyer :) hihi..
rs sekejap jew 6 bln korang kat ZulCo, byk kenangan manis dengan korang..huhu..
aida br 'tersingkir' @ 'terkeluar' tengahari td, x sangka aida menitis air mata, generasi hebat menitis air mata!!hihi.. akk tahu ms aida salam akk aida sebak da kn2?? hihi.. :P
Akak x sabar nak tengok aini, ain, Iz & Fahmi menitis air mata..hahaha :P

Jumaat ni, lagi 4 owang menyusui aida..owg kata "di mana ada pertemuan pasti akan ada perpisahaan", begitu juga dengan kita..really miss u all nanti♥♥♥..

Pesanan akk semoga kita keep in touch tau, even after ni sibuk dengan komitmen masing2, cz aida, ain, fahmi & iz akan sambung belajar balik..study elok2 nah, kepada aini pulak semoga success dengan karier pilihan :) akk nak mintak maaf kalo akk secara sengaja @ x sengaja marah2 korang, tp marah tanda syg wat..hikhik :P..





Tuesday, June 1, 2010

The Beginning

1
Salam semua :)

Finally i have my own blog... :) yeah2..after this, i can share my things here :D
I ♥ Sharing...Sharing is caring♥♥...1st of all, i wanna share about me (dulu, kini & selamanya) :)

"Kecik2 (dulu),skrang (Suka,Xsuka,minat) &tapi(but)...

Kecik2 Xramai kwn ..Pendiam..
Tp sekarang ramai kwn ..ms skool..ms matrix..ms kat university,masa keje..
Kecik2 cita2 nak jd doctor..
Tp sekarang amb cos accounting..Ler..xstudent accounting rupanya yek..
Dulu like green & blue colour..
But now i like pink,purple, black and white color..
Xterpikir bley msk university..
But xstudent University Kebangsaan Malaysia..Amin..Syukur.. :)
Xsuka mkn tampea..Xtertelan :} ..
Tp suka mkn bihun sop,lontong,soto, Mc'D..
Suka sgt2 tgk citer cartoon..
But Xsuka citer seram2...citer hantu..hehe..penakut rupanya..
Kecik2 malas blajar..pernah gak kena rotan ngan cikgu..haha..
Dulo2 msti la nakal tp skrg da x nakal dah :D
Independent & sensitive person..
Erm..like R&B,classic,nasyid,country,underground(mula bjinak2),saprono&rock music (caya X?)..haha..
But I hate ..dangdut music..erm..& Hindustan music..
Yeah skarang minat sgt tengok drama or movie korean & hong kong..Siap da minat nak wat koleksi peribadi..
Dulu minat sangat sangat kat Dato'Ct Nurhaliza since form 2 until form 5..
After saw her face 2 face..erm now dah Xminat g..Sorry..hehe..
But 1thing I respect her la...okey r 2kn?
Suka gak myanyi...haha.. tp suara xsdp pun..
Xsuka mwarna....but suka mlukis..
Minat untuk blajar main alat muzik..ble 2 yek?
Like drum,trompet,piano,guitar ker...but xsuka main trompet..
I Like to share something bout me..♥♥
Anywayz tQ for read dis..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Klik here to join

Twitter Widgets
Powered By Vistaprint
Free Auto Backlink
Facebook Widgets
Powered By Vistaprint
Web Directory
OnToplist is optimized by SEO
Add blog to our directory.