Gambar : LAMAN web menunjukkan Li menjual air liur gadis remaja yang berumur 18 tahun
di Beijing.
BEIJING - Seorang wanita, Zhou Li di sini menjual air liur gadis remaja untuk tujuan kesihatan, lapor sebuah akhbar semalam. Li mengenakan bayaran sebanyak AS$3.25 (RM11.40) bagi setiap botol yang mengandungi air liur itu di kedainya di Beijing, China. Laman web kedainya itu memaparkan kartun dan maklumat berhubung air liur tersebut. Menurut maklumat berkenaan, air liur itu diperoleh daripada gadis-gadis yang berumur 18 tahun ketika mereka sedang tidur. - Agensi