Friends

Daisypath Anniversary tickers

::Masa itu emas::


Thursday, March 10, 2011

The world's biggest family

Last Tuesday saya terima email dari seorang officemate saya..memang agak mengejutkan jugak la..seorang lelaki ada 39 orang isteri?? biar btol!! agak2 la kn..nak berkongsi lelaki bukan mudah beb..

Anggota keluarga En Chana yang terdiri daripada 181 orang ahli.


By Daily Mail Reporter
Last updated at 9:39 PM on 19th February 2011

Ziona Chana merupakan ketua keluarga yang memiliki keluarga yang terbesar di dunia, kata beliau, beliau sangat bertuah kerana dikurniakan 39 isteri..Ziona Chana mempunyai 94 anak, 14 menantu perempuan & 33 orang cucu. Mereka semua tinggal di sebuah rumah - 4 tingkat yang mempunyai 100 bilik tidur. Kediaman mereka terletak di tengah2 bukit di kampung Baktwang, India Mizoram.

Rumah yang mempunyai 100 buah bilik, rumah En. Chana merupakan rumah yang terbesar
di atas bukit Baktawang.

En. Chana memberitahu wartawan, beliau merupakan seorang yang istimewa yang dianugerahkan oleh tuhan kerana tuhan memberinya ramai ahli keluarga yang perlu dia jaga. "Saya menganggap diri saya seorang yang bertuah kerana menjadi suami kepada 39 isteri & ketua keluarga kepada keluarga yang terbesar di dunia. Keluarga En. Chana dipupuk sikap displin ala2 tentera, Zathiangi yang merupakan isteri yang paling tua akan mengetuai isteri2 yang lain dalam melakukan kerja2 rumah, seperti membersihkan rumah, membasuh serta menyediakan makanan. Dalam penyediaan makan malam, keluarga ini memerlukan 30 ekor ayam, 132 biji kentang & 220lb beras.

Rasa lapar?? Wanita2 yang paling senior dalam keluarga ini, untuk menyediakan makanan.

En. Chana mengahwini 10 orang isteri dalam masa setahun..Bilik isteri yang paling muda adalah berhampiran dengan bilik En. Chana manakala bilik isteri yang paling tua agak jauh dari bilik En. Chana. (memang tak bley bla kan..hahaha).. - terdapat sistem penggiliran untuk tidur didalam bilik En.Chana.

Rinkmini 35 tahun, merupakan salah seorang isteri En. Chana, berkata "Kami sentiasa mendampingi dia, dia merupakan orang yang terpenting di dalam rumah. Beliau merupakan lelaki yang paling kacak dalam kampung ini". En. Chana mengahwininya, 18 tahun yang lepas ketika bersia-sia pada waktu pagi, & menulis surat kepadanya untuk mengahwininya.

En. Chana bersama2 39 isterinya di kediaman mereka Baktawang, Mizoram, India.

Salah seorang isteri En. Chana iaitu Huntharnghanki berkata bahawa keluarga mereka sentiasa berada di dalam keadaan yang baik. Sistem kekeluargaan berdasarkan "saling mencintai & saling menghormati antara satu sama lain. En. Chana merupakan seorang yang kuat agama, & beliau tidak akan berhenti untuk mencari isteri2 muda. "Mengembangkan mazhab saya, saya bersedia untuk ke U.S untuk berkahwin". Salah satu anak lelaki beliau, berkata En. Chana merupakan seorang datuk yang mempunyai ramai isteri, beliau juga berkahwin dengan wanita2 yang miskin, supaya boleh menjaga mereka.

Bilik tidur : salah satu sudut di dalam rumah empat tingkat ini Chhuanthar Run - Rumah generasi baru




P/S : Artikel asal dalam bahasa english, saya telah translate dalam bahasa melayu..

Comments
2 Comments

2 Comment:

Cik Bambam on March 10, 2011 at 1:30 PM said...

silap haribulan.. anak pon bertukar jadi bini! perghhhhh~

Kumbang Jingga on March 12, 2011 at 10:36 PM said...

ini nama anak pun mesti confirm tak ingt...silap2 memang anak boleh terkawin ngn adik beradik sendiri

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Klik here to join

Twitter Widgets
Powered By Vistaprint
Free Auto Backlink
Facebook Widgets
Powered By Vistaprint
Web Directory
OnToplist is optimized by SEO
Add blog to our directory.