Thursday, March 17, 2011
Wife Cikgu Hanafi KMKN..♥♥
Saturday, March 12, 2011
Yuna Zaraai in relationship with...
Walaupun orang sudah lama tahu bahawa Yuna & Qi memang pasangan bercinta, namun kedua-duanya tidak memberikan sebarang kata-kata rasmi mengenai hubungan tersebut. Yuna ada jugak memberikan hint-hint di laman Twitter.
Jelas sekali, gelombang cinta mereka berdua tidak dapat dibendungkan lagi. Yuna Zarai is in relationship with Qi Razali, status facebook yang pendek & ringkas, namun memberikan banyak makna buat peminat.
Tak sangka, gelagat mesra mereka berdua ketika Shout! Awards seperti yang digembar-gemburkan oleh pihak media telah pun menjadi kenyataan. Ehem, adakah ini bermakna Yuna akan melangsungkan perkahwinan tak lama lagi? Kata Yuna, mungkin dalam bulan 8 tahun ini, tak tahu’lah itu sekadar gurauan, atau betul-betul."
Credit to Oh Bulan!!
Thursday, March 10, 2011
The world's biggest family
Ziona Chana merupakan ketua keluarga yang memiliki keluarga yang terbesar di dunia, kata beliau, beliau sangat bertuah kerana dikurniakan 39 isteri..Ziona Chana mempunyai 94 anak, 14 menantu perempuan & 33 orang cucu. Mereka semua tinggal di sebuah rumah - 4 tingkat yang mempunyai 100 bilik tidur. Kediaman mereka terletak di tengah2 bukit di kampung Baktwang, India Mizoram.
En. Chana memberitahu wartawan, beliau merupakan seorang yang istimewa yang dianugerahkan oleh tuhan kerana tuhan memberinya ramai ahli keluarga yang perlu dia jaga. "Saya menganggap diri saya seorang yang bertuah kerana menjadi suami kepada 39 isteri & ketua keluarga kepada keluarga yang terbesar di dunia. Keluarga En. Chana dipupuk sikap displin ala2 tentera, Zathiangi yang merupakan isteri yang paling tua akan mengetuai isteri2 yang lain dalam melakukan kerja2 rumah, seperti membersihkan rumah, membasuh serta menyediakan makanan. Dalam penyediaan makan malam, keluarga ini memerlukan 30 ekor ayam, 132 biji kentang & 220lb beras.
En. Chana mengahwini 10 orang isteri dalam masa setahun..Bilik isteri yang paling muda adalah berhampiran dengan bilik En. Chana manakala bilik isteri yang paling tua agak jauh dari bilik En. Chana. (memang tak bley bla kan..hahaha).. - terdapat sistem penggiliran untuk tidur didalam bilik En.Chana.
Rinkmini 35 tahun, merupakan salah seorang isteri En. Chana, berkata "Kami sentiasa mendampingi dia, dia merupakan orang yang terpenting di dalam rumah. Beliau merupakan lelaki yang paling kacak dalam kampung ini". En. Chana mengahwininya, 18 tahun yang lepas ketika bersia-sia pada waktu pagi, & menulis surat kepadanya untuk mengahwininya.
Salah seorang isteri En. Chana iaitu Huntharnghanki berkata bahawa keluarga mereka sentiasa berada di dalam keadaan yang baik. Sistem kekeluargaan berdasarkan "saling mencintai & saling menghormati antara satu sama lain. En. Chana merupakan seorang yang kuat agama, & beliau tidak akan berhenti untuk mencari isteri2 muda. "Mengembangkan mazhab saya, saya bersedia untuk ke U.S untuk berkahwin". Salah satu anak lelaki beliau, berkata En. Chana merupakan seorang datuk yang mempunyai ramai isteri, beliau juga berkahwin dengan wanita2 yang miskin, supaya boleh menjaga mereka.