Friends

Daisypath Anniversary tickers

::Masa itu emas::


Tuesday, January 11, 2011

Syukran :)

0

Syukur alhamdulillah..mujur pagi tadi sempat untuk beli tiket concert Maher Zain secara online.. Selepas saya dapat tahu ticket Concert Maher Zain sudah dijual start pada pukul 2am (11 January 2011) di Facebook Maher Zain Malaysian Fan Club (MZM-FC), saya terus on9 untuk beli tiket..Cuak jugak la, kerana saya try banyak kali untuk buat pembayaran tapi ada error..error kerana ramai yang serbu website tersebut..huhu..Saya cuak sangat takut tiket habis!!~ Peminat Maher Zain ramai kot kat Malaysia..

Selepas saya inform Laila ticket Maher Zain dah boleh beli, then Laila try plak on9 buat pembayaran..And finally kami berjaya!! Syukur Alhamdulillah..*wink2* gembira tak terhingga, percubaan Laila langsung tiada error....Mujur Kak Ani ada duit yang mencukupi untuk bayarkan duit tiket kami in advance, sejujurnya kami bertiga sudah kumpul duit start bulan November tahun lepas, so under budget la tiket kami..tiada masalah ticket mahal..


Konsert Maher Zain akan diadakan 2 hari berturut iaitu pada 25 & 26 February..so kami bertiga beli ticket pada 26hb..gambar seat di bawah adalah pada 26hb February 2011..


Yang ini adalah pada 25hb February 2011


Kenangan semasa di showcase Maher Zain 15 Oct 2010 bersama Kak Ani ;)

kepada sesiapa yang hendak beli ticket di
www.ticket.com.my
Tel : 603-7725 1177 / 03-7725 1166


Ticket Outlets:
Rock Corner@1 Utama
Rock Corner@The Curve
Rock Corner@Suria KLCC
Rock Corner@The Garden
Rock Corner@Ampang Point
Rock Corner@Subang Parade


Anorexic Models don’t Always Look Like Models

0
Kesian pulak tengok dorang ni..huhu..Ini sudah dikategori sebagai kurus keding dah ni =.=' Muka dah cantik tapi badan sekeping..

Mereka ini adalah penghidap Anorexic..Seorang penderita anoreksia mereka tidak pernah puas dengan penurunan berat badan. Perbezaan berat badan antara hari ini dan keesokan harinya atau setiap penambahan berat badan dapat mengakibatkan kepanikan, kecemasan dan depresi.











P/s : Bersyukurla dengan apa yang ada, janji sihat ;)..kalau tidak bersyukur ini lah akibatnya..

Monday, January 10, 2011

Wanita berusia 65 tahun memiliki 23 anak selain bercucu dan cicit.

0

Pn. Mansura dan En. Yusuf

Wow..hebatnya sambil menggeleng kepala sebaik sahaja saya baca tajuk berita Metro semalam 9 January 2011 (Wanita berusia 65 tahun yang memiliki 23 anak selain bercucu dan cicit)..Susah kot nak dengar ibu yang mempunyai ramai anak pada zaman sekarang, paling ramai pun 12 atau 15 orang anak..Betul tak?..

Senarai nama anak pasangan Pn.Mansura dan En.Yusuf


1. Junaidah, 46, suri rumah (perempuan)

2. Jainal, 43, polis bantuan (lelaki)

3. Halimah, 42, suri rumah (perempuan)

4. Junaida, 41, suri rumah (perempuan)

5. Zubaidah, 39, suri rumah (perempuan)

6. Maisah, 37, berniaga (perempuan)

7. Hamidah, 36, berniaga (perempuan)

8. Mohd Dalfa, 35, pemandu lori (lelaki)

9. Mohd Alfiah, 32, berniaga (lelaki)

10. Hassan, 30, jurujual (lelaki)

11. Hussin, 26, tidak bekerja (lelaki)

12. Masnah, 27, suri rumah (perempuan)

13. Halimah, 25, - meninggal dunia ketika usia 15 tahun (perempuan)

14. Hafizah, 23, suri rumah (perempuan)

15. Mohd Rafi, 21, pekerja swasta (lelaki)

16. Norasikin, 18, penganggur (perempuan)

17. Jefry Aman, 15, pelajar (lelaki)


Selain 23 anak, termasuk enam yang meninggal dunia sebaik dilahirkan, Pn.Mansura turut dikurniakan 60 cucu dan empat cicit.

Meskipun boleh dianggap nenek, tub
uh Pn.Mansura seakan-akan tidak ditelan waktu dan kelihatan sihat seperti wanita berusia 30-an.

Pn.Mansura berkahwin dengan En.Yusof ketika berusia 13 tahun dan terus bunting pelamin, namun kurang bernasib baik apabila beberapa anaknya meninggal selepas dilahirkan.

Anak pertama Pn.Mansura sepatutnya berusia 52 tahun tetapi meninggal dunia sebaik dilahirkan, manakala paling bongsu berusia 15 tahun dan menuntut di Sekolah Menengah Batu Sapi.

Mengikut perkiraan kasar, pasangan ini memperoleh anak sulung iaitu Junaidah, 46, ketika Pn.Mansura berusia 19 tahun dan melahirkan anak ke-23, Jefry Aman, 15, pada usia emas 50 tahun. Malah ketika berusia 30 tahun, dia mempunyai lapan anak.

Menurut Pn.Mansura, ramai wanita kini mengabaikan penjagaan diri dan enggan mengikuti nasihat orang tua yang dianggap kolot serta ketinggalan ramai.


“Ketika suami marah, kita sebagai isteri perlu berdiam diri dan jangan sesekali melawan kerana ‘harimau’ yang mengamuk pantang dicabar,” katanya. Perkara sama perlu dilakukan suami apabila melihat isteri dalam keadaan marah.

“Sebagai orang tua, saya hanya mampu memberi nasihat kerana sedih mendengar pasangan yang baru mendirikan rumah tangga sudah naik turun mahkamah untuk bercerai.

“Sedih melihat isteri yang masih muda dan cantik terpaksa menjadi janda pada usia muda,” katanya.

Pn.Mansura juga berkata, kewangan bukan masalah utama jika tahu menguruskannya.

“Saya tidak kaya dan hanya menetap di rumah kayu, tetapi suami tetap sayang dan sentiasa membahagiakan saya. Sebagai balasan, saya kini mengambil alih tugasnya mencari rezeki berikutan kesihatannya kurang baik kebelakangan ini,” katanya.

Selain petua ketika bersama, suami isteri perlu bertolak ansur kerana alam berumah tangga mempunyai 1,001 cabaran dan dugaan. Ini adalah rahsia beliau dalam mengekalkan kebahagiaan rumahtangga :

1. “Seperti bayi yang akan berhenti merengek selepas dapat menyusu, begitu juga halnya dengan si suami yang akan layu ketika ‘disusukan’,” begitulah nasihat Pn.Mansura Sirai tanpa segan silu menceritakan rahsia kerukunan rumah tangganya bersama suami tercinta, En.Yusuf Susuk, 70, sejak lebih 50 tahun lalu.

2. Ibu berusia 65 tahun yang melahirkan 23 cahaya mata ini mengakui payudara isteri memainkan peranan utama bagi menawan suami dan mengelaknya beralih cinta kepada wanita lain.

3. “Sebagai isteri, kita harus tahu menjaga penampilan diri dari luar dan dalam selain sentiasa bergurau setiap masa, terutama di bilik tidur.


4. “Bayangkan perasaan suami apabila melihat tubuh kita kendur di sana sini, sudah pasti hilang selera untuk bersama dan menjadi alasan mencari pucuk muda yang lebih gebu,” katanya tanpa berselindung.


5. Pn.Mansura berkata, jika aset wanita itu sentiasa padat, kerukunan rumah tangga dan hubungan suami isteri sentiasa hangat.


6. “Payudara perlu dijaga sebaik-baiknya dan antara caranya ialah memakan jamu dan bersenam.


7. “Jamu boleh dibuat sendiri menggunakan barang yang mudah didapati di pasar seperti ibu kunyit, asam jawa, lada putih, sirih, manjakani, gula, garam dan telur ayam kampung. Pemakanan jamu membolehkan badan lebih sihat dan bertenaga serta menegangkan otot kendur, terutama sistem peranakan.

Credit to : Harian Metro


P/s : alamak jamu?? pahit kot..huhu..takpe janji chantik untuk suami jugakkan ;)

World's Biggest Python Stuck In Wires

0
Alor-lor ciannya dia stuck kat wires..sapa berani tolong python ni??..Korang tak kecian ke tengok die?...hehe..(tapi ade ke yang berani nak tolong die?)..Tengok kat picture sahaja dah gerun, belum tengok yang real-real punye..sangat ngeri..huhu..tak pasal-pasal jadi lauk die nanti..hikhik ^_^



Gangster Africa

0
Haaa ini lah agaknya rupa gangster Africa, macam rupa gangster tak??..hihi..alamak banyaknye ring besi dekat leher beliau..huhu..kalau orang kejar hendak lari laju-laju mesti susah kan..besi tu berat kot..then kalau nak main sorok-sorok disebalik rumput-rumput pon tak boleh, sebab tak dapat nak tunduk kepala..kalau leher gatal, macam mana nak garu?? kenapalah nak menyeksakan diri sendiri =.='..haihssss..



p/s : alamak seksi la pulak~!! ahaks :P

Kecoh Facebook akan ditutup 15 Mac depan

0


Dalam perkembangan akhbar Weekly World News melaporkan bahawa pengasas laman sosial itu, Mark Zuckerberg, 27, sedang menghadapi tekanan untuk terus menguruskan laman sosial Facebook.

"Facebook sudah di luar kawalan saya dan tekanan menguruskan syarikat ini telah mengganggu hidup saya. Saya perlu hentikannya untuk mengelakkan tekanan ini," jelas Zuckerberg dalam satu sidang media di luar pejabatnya di Palo Alto baru-baru ini.

Dalam satu temu ramah menerusi telefon Zuckerberg memberitahu: "Saya secara peribadi tidak menganggap ia sebuah keputusan besar. Secara jujurnya saya fikir ia (menutup laman Facebook) adalah untuk kebaikan. Tanpa Facebook orang ramai akan keluar dan berjumpa dengan rakan-rakan, itu adalah lebih baik."


"Saya tidak kisah mengenai wang. Saya hanya mahu kehidupan saya balik," kata Zuckerberg.

Akhbar itu melaporkan Naib Presiden Perhubungan Teknikal Facebook, Avrat Humarthi menjelaskan bahawa bermula 15 Mac ini pengguna tidak lagi akan dapat memasuki akaun Facebook dan meminta pengguna melakukan sesuatu agar semua gambar-gambar kesayangan tidak hilang.

"Seluruh laman web ini akan ditutup pada tarikh itu. Justeru, jika anda tidak mahu gambar-gambar di Facebook hilang, saya nasihatkan agar anda menyimpannya sebelum laman itu ditutup," jelas Humarthi.

Bagaimanapun, akhbar International Business Timesmelaporkan bahawa khabar angin itu hanya disebarkan melalui laman-laman blog dan tiada laporan daripada mana-mana akhbar arus perdana berhubung penutupan tersebut.


P/S : Huhu..Betul kew laman Facebook (FB) akan ditutup pada 15 Mac 2011..?? Hopefully ia tidak berlaku la..& harap sangat-sangat bahawa ia adalah khabar angin sahaja ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Klik here to join

Twitter Widgets
Powered By Vistaprint
Free Auto Backlink
Facebook Widgets
Powered By Vistaprint
Web Directory
OnToplist is optimized by SEO
Add blog to our directory.